Engagement Fund ;)

Sunday, 24 May 2015

Rounders: Main ke, Main-main?

Ini kisah sukan institut yang bermula minggu sudah. Macam biasa, bila kata sukan, mesti ada bahagian staf lawan pelajar. Jenis-jenis sukan pun yang biasa jugak macam bola jaring, bola tampar, ping pong, bola sepak dan sepak takraw. Ada juga permainan dalaman macam dart, chess dan congkak. Satu permainan baru untuk kali ni adalah rounders. Kemain kenalkan sukan-sukan yang ada, Tuan Tanah masuk yang mana satu?

Kalau tak ada rounders dengan congkak, memang tak main apa-apa la sebab takde bakat. Bola jaring memang tak masuk buku sebab memang tak reti. Dulu main dekat sekolah buat syarat je sebab kena duduk dalam persatuan tu. Tak suka bola jaring sebab waktu sekolah rendah dulu asal main je mesti gaduh, asal gaduh je waktu main bola jaring. Penat gaduh je; terus tak suka. Maka aku main congkak tapi kalah sebab dah tak ingat mainnya macam mana; main taram je, terus kalah. Nangis...



Rounders pulak sebab dia berpasukan, maka selamatlah. Disebabkan lepas orang tu, orang tu jugak yang kena main semua permainan, maka perlawanan rounders pertama antara staf dan TPP bermula terlalu lewat sampai kena buat dua hari. Punya lama tak main rounders ni sampai dah tak ingat langsung peraturan dia. Walaupun pengadil ada bagi taklimat sebelum perlawanan mula, waktu mula-mula main tu blur jugak. Orang kata jangan pukul, aku tak pukul. Orang kata lari, lari. Orang kata ambik 'ball', aku buat je.



Kak N kata, masing-masing gaya tak nak kalah tapi tak reti main. Hahahaha.... Haruslah kena gaya lebih, ramai penonton kot! Hari pertama je la yang ramai pun sebab orang lain dah habis lawan kitorang baru mula main, memang penuh la keliling padang tu. Budak-budak sem 2 siap cakap; "Miss, kalau menang takde kelas kan Rabu ni?" Ewah, banyak cantik? "Kalau menang saya buat dua slot kelas." Hahaha...

Permainan kali ni, diorang letak 7 pemain. Sebelum tu, meh nak kenalkan istilah-istilah asas dalam rounders.
Ball
Strike
Foul

Sebelum main, kena osom dulu untuk tentukan giliran siapa yang akan mulakan permainan. Seronok gak main osom ni; nak osom pun kena gaya poyo sebab dah lama tak osom. Hahaha... Staf menang osom, maka staf pukul bola dulu. Pasukan lawan akan baling bola dan pasukan staf akan pukul. Senang kacang je pun benornya tapi pusingan pertama tu memang blur habis ko! Ahli pasukan cakap kalau bola bawah, jangan pukul. Kalau sampai tiga kali pembaling tu baling bola tak cantik dan kitorang dapat 3 kali ball, maka pasukan kitorang automatik layak teruskan permainan; pemukul boleh bergerak ke rumah pertama dan ahli lain ambil giliran memukul. Itu penggunaan istilah ball; istilah strike pulak kalau beria hayun kayu pemukul tiba-tiba pukul angin je bukan pukul bola, cukup 3 kali terus out; tukar pemukul lain. Pemukul yang pukul angin tadi tu mati.

Lepas tu kalau kita pukul dan bola tu terus dapat disambut oleh pembaling, automatik satu pasukan mati. Kalau ahli pasukan bermastautin dekat dalam rumah-rumah yang ada tapi dah tak ada orang nak pukul bola pun, automatik satu pasukan mati. Lahai, senang je ke peraturan dia? Dah hari kedua main baru faham betul-betul. Dah tu selama ni tengok 9 End 2 Out, Gentleman's Dignity dengan Wild Romance, setakat tengok hero hensem? Heroin cantik? Yang diorang bersungguh-sungguh main rounders ni, tak perasan ke? Perasan jugak, tapi tak faham dan malas nak faham. Lepas ni kalau tengok balik drama-drama ni sahih dah faham apa yang berlaku. Hehehe...
Pergh, gaya takmo kalah tapi foul...hahahaha...

Bila dapat pukul, cepat-cepat letak pemukul dan lari ke 'rumah' seterusnya. Ada 4 rumah kalau tak silap haritu. Agak-agak pukul jauh, bolehlah habiskan pusingan tapi kalau pukul tak berapa nak jauh, ko berhentilah dekat rumah yang sempat. Waktu aku pukul je budak-budak ni cakap; "Miss, surau miss." Maksudnya diorang suruh pukul jauh-jauh sampai surau nun. Dapatlah dua kali kot merasa lari; selebihnya foul waktu pukul buat pertama kali. Kecewa dibuatnya! Foul adalah bila bola kena kayu pemukul tapi melantun ke belakang. Terpaksalah sokong ahli pasukan yang hidup sampai terlompat-lompat, terjerit-jeritlah tepi padang tu. Hahahaha...
"Lari, lari, lari...okey, stop!" penyokong kat tepi menjerit...

Atlet harapan pertama; jauh gila okey budak ni pukul...

Atlet harapan kedua; sama jauh pukulannya dengan atlet pertama tadi..

Dengan bakat dan kekuatan atlet yang ada pada beberapa ahli pasukan, pasukan staf layak ke pusingan akhir dan akan bertemu TPM pada hari Selasa depan inshaAllah. Patutnya hari Khamis lepas tapi sebab ramai yang tak ada, tunda sampai Isnin. Tapi aku mintak tunda sampai Selasa sebab hari Isnin ada tuisyen; kesian budak-budak tuisyen sebab minggu ni dah tangguh kelas dah.
Fighting!

No comments: