Engagement Fund ;)

Saturday, 16 May 2015

Sepotong kek, sebekas takoyaki, sekotak cendawan

Wah, dah jadi macam tajuk novel pulak. Layankan jelah orang yang tengah serabut ni; di penghujung sem memang macam ni, semak otak nak fikir habiskan silibus. Semua orang pun macam tu sampai berebut-rebut nak ambik kelas sampai terpaksa buat kelas tambahan. Jadinya, minggu ni hari-hari sampai rumah dah nak azan maghrib. 

Tak cukup dengan kelas, ada sukan dalaman pulak. Aku takdelah masuk semua acara yang dipertandingkan sebab tak pandai main. Kang elok-elok pasukan staf boleh menang, kalah pulak sebab aku. Baiklah duduk tepi jadi mamarazi. Sebenarnya nak cerita pasal tiga benda kat atas nun tapi mukadimah dia berjela-jela pulak. Heeeee... Nah layan gambar dan cerita pendek di bawahnya.

Kek ni Kak B yang tapaukan sebab waktu tu aku puasa. Sebenarnya dah lama nak pergi cari kek belang-belang macam ni tapi tidaklah berkesempatan. Bila ada orang bawak, terus berazam dalam hati bahawa balik kerja petang ni kena pergi beli jugak untuk buka puasa. Dekat waktu nak balik, tiba-tiba kan, Kak B datang tempat aku sambil hulur bekas berisi 3 potong kek ni; "Nah Farah, buat buka puasa." Terharu sungguh sampai rasa nak nangis. Sobsobsob... Semoga Allah murahkan rezeki Kak B yang suka menjamu kami makan tak kiralah pisang goreng mahupun kerepek. Hehehe... Biasalah kat ofis tu, pukul 3.30 kang ada je yang menyuarakan rasa lapar, tu yang ada je orang bekalkan makanan tu.

Tako ni pulak beli dengan Saie. Kebetulan hari Selasa tu ada seminar dekat Bangi, maka aku risik-risik dekat Saie kalau dia buka tempahan tako untuk hari tersebut. Alang-alang lalu Bukit Changgang tu, bolehlah singgah. Mula-mula dia cakap tak sempat, tak lama tu dia cakap okey pulak. Yeayyy! Gila lama aku ngidam nak makan tako buatan kawan sendiri ni. Beli 10 biji terus dengan harga 10 hengget; puas dapat makan. Inti pun terasa, tak macam aku beli kat pasar haritu, secoet je inti dia? Memang takde dah aku nak beli lagi kat orang tu.

Cendawan ni pulak Saie bagi sebab dia cakap aku rajin masak maka kena rajin tanam cendawan jugak. Hahaha... Rezeki,  rezeki. Lepas nak dekat sebulan dapat kotak ni, baru hari ni aku buka dan tarah X seperti yang disuruh sebab sebelum ni malas nak fikir. Hehehe... Kalau keluar cendawannya nanti aku tunjuk gambar dekat sini. Orang kawasan Banting kalau berminat nak beli pek Encik Cendawan ni, boleh roger ye, nanti aku bagi nombor si Saie ni. 

No comments: