Engagement Fund ;)

Friday, 8 May 2015

Tinted Taejang

Dari sehari ke sehari nak hantar Taejang untuk dipasangkan tinted, tak jugak disempatkan sampailah baucer diskaun tu nak tamat tempoh dah. Sebelum ni dah survey dulu dengan Aten sebab kalau datang terjah sorang-sorang, tak pandai. Dah tanya harga semua, aku cakap nak datang nanti-nanti la; nanti-nanti tu sampai hari ni.

Dia cakap kalau hari kerja tak banyak kereta jadi tak payah tunggu lama tapi semalam aku tengok sampai terkeluar kereta dari kedai dia maka tak jadi nak berhenti. Tengah hari tadi aku telefon dulu tanya berapa lama masa yang dia ambil untuk buat tinted tu. Bila dia kata dalam 2 jam, tak jadi pergi tengah hari sebab takut tak sempat nak masuk pejabat balik. Petang tadi pukul 5 tepat aku dah terpacak depan thumbprint machine tu.

Sampai kedai tu dekat 5.30 jugak, jumpa tauke dia kot, terus dia tanya; "Awak ke yang telefon tengah hari tadi?" Lepas tu dia suruh pilih nak pasang yang harga mahal ke murah? Eh, haritu tak bagi pilihan, pasal apa hari ni ada pilihan? Ni yang menyampah nak memilih ni, dah la tak ada sokongan moral dari geng lain. Disebabkan bawak duit cukup-cukup, aku ambik yang murah jelah; Murah tak murah jugak, tolak baucer harga dia jadi 450 hengget. Dah pilih harga mana, dia tanya pulak nak warna apa. Duuuuhh, ada banyak warna ke? Bukan satu je ke? Akhirnya, dia tanya aku, aku tanya dia balik mintak pendapat. Hahahaha... Sape suruh tanya? Aku pilih warna silver sebab dia kata warna gold macam gelap sikit. Lepas dah pilih warna, dia tunjuk dekat satu susunan kotak sambil cakap; "Tak nak pasang visor(kalau tak silap pendengaran)? Saya order banyak untuk Axia tu." Aku jawab; "Nanti-nantilah. Hari ni nak tinted je."

Dah sudah tu, aku duduk la melangut tunggu dia pasang. Waktu dia tengah potong tinted tu ikut ukuran cermin kereta, dia tanya; "Awak cikgu ke?" Ni dah orang awam ke-80 yang tanya soalan tu; ada cop dekat dahi kot ek yang bertulis 'I am a teacher'. Dah jawab ye, dia tanya lagi, mengajar dekat mana. Layan jelah dia borak sampai ada pelanggan lain datang tanya pebenda entah, barulah aku duduk melangut sorang-sorang. Bawak keluar buku konon nak habiskan baca tapi baru baca dua bab, mata dah terkelip-kelip tahan ngantuk. Hahaha..

Sebab ngantuk, aku main game dalam Note dan diselang-selikan dengan jalan-jalan keluar masuk kedai sampai dia cakap, kalau bosan pergilah kopitiam sebelah tu. Masalahnya aku mengantuk, bukan bosan sebab nak bunuh kebosanan boleh baca buku atau main game tapi mengantuk ni tak boleh layan dan tak yakin nak makan dekat kopitiam tu.


Sambil aku ke hulu ke hilir, keluar masuk tu dia sempat lagi promosi perkhidmatan lain yang dia ada selain tinted. "Saya tengok awak letak suratkhabar dekat tempat kaki, tak nak bagi kotor, saya ada jual tu (tunjuk dekat gulungan alas kaki) jugak. Ukuran dia lagi besar dari yang original; origanal punya kecik kan?" Memang nak beli pun tapi kena tunggu dulu sebab gaji bulan ni masuk lewat sikit; Dia sambung lagi; "Kalau kunci kereta sekarang takde bunyi kan? Saya boleh buat kasi ada bunyi 'beep'. Kereta baru ni kalau tekan brek tak kunci pintu automatik kan? Saya boleh buat tanpa usik sistem asal kereta." Tengok, semua benda dia nak jual kat aku, pakkal aku takde bajet je kalau tak dah selamat masuk bil. Hahaha... Aku dok jawab; "Nantilah kemudian-kemudian. Hari ni saya pasang tinted je dulu." Dia balas balik; "Yelah, banyak mau pakai duit kan sekarang." Tahu pun!


Gedebuk gedebak, pukul 7.15 jugak baru siap semuanya. Maka selama dua hari ni tak boleh turunkan cermin tingkap sebab gam dia tak kering lagi. Tak bolehlah merayap eh esok ni? Duduk rumah je kemas rumahlah nampaknya. Setakat ni puas hati la dengan servis dan layanan kedai ni, tauke dia muka peramah dan peramah jugak orangnya. Tauke dia la kot tu sebab nak buat apa-apa, orang lain tanya dia dulu dan orang hantar barang pun dia yang uruskan. Lepas ni nak pasang aksesori entah apa-apa dekat kereta tu boleh datang sini je sebab kemain banyak benda tambahan yang dia jual; sediakan duitnya aje.

No comments: