Engagement Fund ;)

Thursday, 18 June 2015

Azam Ramadhan 1436 Cik Farae

Alhamdulillah, masuk sahaja maghrib tadi, bermulalah bulan Ramadhan untuk tahun 1436. Tahun ni dah azam dengan Geng Makan untuk jadi Geng Tadarus sepanjang ramadhan ni inshaAllah. Semoga langkah ini membuatkan hati dan jiwa ku bersih dan berterusanlah amalan membaca  al-Quran setiap hari. Patutnya makin bertambah usia makinlah sedar diri dan kuat semangat nak baca Quran hari-hari, tapiiiii...... sendirilah jawab ye.

Harapnya boleh istiqamah baca Quran dengan tajwid yang betul dan tak curi nafas serta mematuhi isyarat. Kita ni bukan tak pernah belajar, dah belajar, dah khatam, tapi bila tak amal, ada lah jadi sedikit serong di situ. Jom sama-sama imarahkan ramadhan. Kalau ada persoalan dan kemusykilan tentan ramadhan, aku suka rujuk satu buku yang ringkas tapi padat dan mudah difahami ayatnya. Walaupun dah hidup lama dan terdedah dengan segala macam maklumat, zaman fitnah ni kena berhati-hati; rujuk maklumat yang diperoleh dari internet dan sahkan kebenarannya barulah diamalkan dan disebarkan sebab tak semestinya apa yang ramai orang buat itu betul. Inilah buku yang dimaksudkan;


Selain itu, berazam juga nak baiki amalan wajib; solat 5 waktu di awal waktu. Pernah dengar satu ceramah dimana kalau nak buat baik, tak perlulah tunggu insaf betul tapi berusaha untuk insaf dan yang penting mulakan dengan langkah pertama. Nak beramal ni kadang-kadang susah nak ikhlas tapi paksa diri untuk ikhlas, bukan tunggu ikhlas baru buat. Macam tulah kurang lebihnya.

Dari segi tarawih pula, mungkin buat di rumah saja sebab serasa tak larat nak berkejar. Mana nak kemas rumah, mana nak ke masjid pulak jadi buatlah mana yang mampu. Walaupun bujang lagi, tapi tak sama dengan bujang yang memang hidup bujang. Tinggal dengan keluarga kenalah uruskan mana yang patut lagi-lagi bila dah tak ada mak ni; kalau ada mak, lain sikit caranya, tak perlu fikir semua dan hanya menolong saja. Ni akulah kena fikir nak masak apa, akulah kena kemas dapur, akulah nak kena masak sahur, akulah kena bangun sahur awal dan kejut abang-abang yang 'senang' sangat nak bangun pagi tu, akulah semuanya. Tak kena gaya, ada yang mogok tak balik rumah ni karang. Hahaha... Untung la orang yang bangun sahur tinggal basuh tangan je nak makan tu.

Gambar tahun lepas

Semoga diberi peluang untuk meneruskan tradisi berbuka bersama-sama geng Hamidians kawasan Banting dan juga ahli rumah sewaktu di U macam tahun tahun yang lepas juga. Akhir kata, untuk berubah ke arah kebaikan tak boleh tunggu jadi baik tapi kena paksa diri untuk menjadi baik dan biarlah berbuat kebaikan sedikit-sedikit tapi berterusan. Semoga ramadhan kali ini berjaya menyucikan diri kita yang kotor dengan noda. Kurang cakap, kurang dosa. Selamat menyambut ramadhan buat semua dan semoga kita sama-sama diberi kekuatan dan peluang untuk merasai dan memanfaatkan ramadhan. Sekian.

No comments: