Engagement Fund ;)

Sunday, 21 June 2015

Baca Buku, Dapat Tupperware

Dekat mana pulak baca buku boleh dapat Tupperware? Kenalah masuk bertanding dulu, baru boleh dapat hadiah. Pertandingan ini dianjurkan oleh Bahagian Pusat Sumber sempena Hari Membaca Sedunia. Memandangkan senang kacang je nak masuk bertanding, maka semangat berkobar-kobar nak masuk bertanding. Lagipun dah lama sangat rasanya tak membaca secara semenggah.

Syaratnya senang je, kena baca sekurang-kurangnya 3 buku umum dan 1 buku teknikal dan hanya buku-buku dari pusat sumber sahaja. Dengan kemasukan buku-buku yang barulah sangat ke pusat sumber, adalah jugak buku yang boleh dibaca. Dalam tempoh tiga minggu kot, dapatlah aku baca 9 buah buku, 4 buah buku teknikal dan 5 buah buku umum. Jadilah kan?

Memandangkan persaingan tak banyak, maka berdondang sayanglah jugak sebab hadiah disediakan sampai tempat kesepuluh tapi yang masuk tak sampai 5 orang? Maka lain kali, rajin-rajinlah baca pengumuman di papan kenyataan.
Pemalas nak susun, dengan plastik sekali masuk bergambar...hehehe

Taraaa, beg berisi Tupperware, nombor 1 wei! Bagi peluang Tuan Tanah kembang kempis hidung ok? Medal tu pulak Johan untuk Rounders, sekali masuk bergambar...

Alhamdulillah, rezeki naik pentas ambil hadiah. Ingatkan hamper je sekali ambik ko, satu beg Tupperware yang aku dok intai nak beli selama ni. Jimat duit disitu tapi tak ada tempat nak simpan la pulak. Lagi satu, orang-orang bidang teknikal dekat Malaysia ni pun dah boleh mula karang buku rasanya sebab semua buku teknikal baru adalah terjemahan dari buku asal Indonesia. Satu hal pulak aku nak hadam dia punya kosa kata yang diterjemah secara terus (direct translation).

Kepada yang lagi rajin tengok TV, dah boleh mula membaca sebab bila membaca, otak kita akan bekerja dengan lebih keras. Kalau tengok TV, tak payah susah payah nak membayangkan apa yang terjadi tapi bila membaca, kita hadam maklumat dan dalam masa yang sama kena bayangkan apa yang penulis catatkan. Sekian.

No comments: