Engagement Fund ;)

Saturday, 13 June 2015

Daging Goreng Tomyam

Kesian korang masuk blog kena baca bebelan pulak kan, nah Tuan Tanah kongsi satu resepi campak-campak jadi sedap. Bila masak lauk, jarang sangat aku sukat bahan melainkan lauk yang memang ikut resepi. Yang kali ni punya memang campak ikut sukati je tau. Kalau korang nak cuba, sila agak-agak sendiri jugak tau.


Bahan-bahan
200gm(+/-) daging - hiris nipis
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai (mayang halus)
1 1/2 camca pes tomyam Adabi
1 sudu sos tiram
2 helai daun limau purut (hiris halus atau koyakkan)

Untuk dihiris;
5 biji cili padi
1/2 biji bawang besar

Cara memasak
1. Tumis bawang besar hingga layu. Masukkan bawang putih dan tumis lagi sampai naik bau.
2. Masukkan separuh daripada hirisan serai dan kacau.
3. Masukkan pes tomyam dan sos tiram. Gaul sampai sebati dan letak sedikit air supaya tak hangus.
4. Masukkan hirisan daging dan gaul sampai bahan tumisan sebati dengan daging.
5. Tutup kuali dan masak sampai daging lembut. Tak payah letak air dulu sebab daging tu nanti keluar air.
6. Bila air daging dah kering, tapi daging belum lembut tambah air dan masaklah sampai lembut.
7. Lepas daging lembut, masukkan hirisan lobak merah, baki serai, daun limau purut, dan bahan hirisan. Kacau dan masak sampai lobak lembut.
8. Tutup api dan hidangkan.

Tukang komen tahap kritik takde kat rumah, maka tukang masak cakap lauk ni sedap! Sendiri masak, sendiri puji. Hahahaha.... Kalau korang tak kedekut, belilah daging batang pinang yang harga sekilo dia 33 hengget; tak payah masak lama-lama sebab dia cepat lembut. Aku kedekut jadi beli daging biasa je yang berharga 28 hengget sekilo tapi abang jual daging bagi lebih 50gm kot jadi terus semangat nak masak balik dari pasar tu. Sekian...

No comments: