Engagement Fund ;)

Monday, 15 June 2015

Isnin Terakhir Sebelum Ramadhan

Bila nak menaip ni kan, kadang-kadang susah nak fikir tajuk. Disebabkan hari ni malas keluar makan, dapatlah menaip sikit dekat sini. Note 8 aku tak berapa nak sihat pulak maka sunyilah sekejap dari Fb, Insta dan game yang ada story di belakangnya. Tulah, galak sangat main game sampai semput dibuatnya Note 8 aku tu. Cuak ko bila nak cas petang Jumaat tu tak boleh. Terus tanya kawan satu opis ni dekat mana nak repair.

Lepas maghrib hari Jumaat kelam kabut pergi tempat kawan dia dekat Telok Panglima Garang. Ingatkan charging port dia rosak sebab dulu pernah jadi macam ni tapi bila sampai sana, dia test guna kabel dia, eh menyala pulak? Lama jugak la dia bagi tips gitu gini tanpa dikenakan bayaran. Mujur pergi jumpa dia kalau pergi kedai aku beli? Sahih kena bayaran berganda-ganda padahal masalahnya mungkin pada charger.

Pagi ni masuk pejabat terus buka Lazada dan beli charger baru sebab tanya dekat kedai haritu sampai 100++ hengget untuk charger original. Harap-harap charger yang dibeli di Lazada ni tak ada masalah walaupun dia jual murah berkali ganda dari yang kat kedai dan harapnya memang charger yang rosak, bukan motherboard atau bateri sebab kalau dua benda ni yang rosak, selamat tinggal baju kurung lace raya. Heeee....

Semalam gagahkan diri buat kimchi sebab dah beli baechu dari hari Rabu lagi. Ingatkan nak buat hari Sabtu tapi penat kemas rumah mengemop bagai + meraikan tetamu, hari Ahad baru buat. Ingatkan nak buat kimchi, tapi tak sempat maka dapat buat geotjeori je. Tapi aku panggil kimchi jugak. Hahaha...

Lain kali kena kurangkan sikit kuantiti tepung pulut kalau guna 1kg +/- baechu sebab jadi terlebih pes pulak; macam nak kena tambah kobis lagi kot untuk seimbangkan rasa. Kali ni aku tambahkan cencaluk sebab tengok resepi dari Korean Bapsang, dia guna saeujeot ataupun salted and fermented shrimp; lebih kurang la tu kan? Tak tahu apa rasa dia sebab rasa gitu-gitu je malam tadi. Lepas tambah kobis ni nanti baru nak rasa betul-betul. Kalau korang nak resepi, boleh cari label Resepi: Korea dekat belah kanan ye. Nah layan gambar malap kimchi.

Tengok, nampak macam terlebih cili kan?

No comments: