Engagement Fund ;)

Friday, 26 June 2015

Lega Bila Dah Selesai

Selepas bertangguh dari awal bulan haritu, akhirnya berjaya hantar Taejang untuk diperiksa. Sepanjang 10 tahun memandu, inilah pertama kali pergi pusat servis sendiri dengan tujuan untuk servis kereta. Kalau tak sebelum ni semua Abah yang buat. Ada jugak cakap dengan Abah nak ikut pergi servis kereta, nak belajar la konon tapi nan hado Abah nak layan. Makanya sepanjang memandu Mrs. Kanc memang tak pernah sekali pun pergi hantar dia servis. Yang aku tahu, bila dah sampai masa nak servis, aku bagi tahu Abah. Hehehe...

Disebabkan kerja semua dah selesai, maka isi borang kebenaran keluar dan tanda tangan TP untuk keluar. Tuan Tanah memang skema, tak pernah ngular. Kalau takde kerja pun duduk diam-diam dekat kerusi. Baik kan? Tu yang kalau nak keluar untuk urusan peribadi kena ikut prosedur atau semua orang akan tahu aku tak ada. Gituuu...

Sebelum pergi servis, aku tanya semua orang macam mana nak servis kereta. Pertama kali kan? Haruslah cuak. Hahaha... Sonang yo. Pergi pusat servis, bawa keluar buku servis dan kunci kereta, dan jangan lupa untuk ingat meter semasa supaya mudah nak jawab bila orang di kaunter tanya. Kebetulan waktu pergi tadi, dapat dekat kaunter orang yang dikenali, maka tak adalah cuak tahap gaban.

Serahkan buku servis dan kunci kereta dan dia akan tanya soalan asas macam bila kereta keluar, meter semasa berapa, dan ada masalah tak sepanjang memandu kereta baru ni. Itu jelah. Ada satu soalan cepu cemas yang membuatkan aku cuak jugak iaitu; "Waktu akak bawak kereta, ada tak rasa gegar gegar?" Ah sudahhh. Maka aku pun mengimbas kembali saat kejadian minggu lepas, waktu aku dalam perjalanan pulang lepas hantar kimchi kat rumah Kak Eli kat Klang.

Sepanjang memandu Mrs. Kanc, Preve dan kereta-kereta lain yang pernah disuruh pandu, tak pernah rasa begitu. Waktu tengah laju tu rasa macam enjin gegar macam dia nak mati padahal tengah laju. Bila dia tanya tadi, aku cakap la bila bawak laju dalam 80 ke atas, dia jadi macam tu. Tapi waktu dia pandu uji dan waktu aku uji pandu dengan juruteknik duduk di sebelah, tak ada gegar padahal dah tekan sampai 90++. Mungkin bila perjalanan jarak jauh kot dia jadi begitu sebab selama ni ulang alik pergi kerja, pergi tuisyen, merayap sekitar Banting, tak ada pulak. Bila jalan jauh sikit dia jadi macam tu.

Sambil memandu uji, aku tanya kalau Axia lain pun ada masalah macam ni jugak dan dia kata ada cuma gegarannya adalah pada waktu kereta mahu mula bergerak. Aku tanya lagi, bahaya tak kalau situasi yang macam aku ni? Dia kata bahaya jugak tapi dia dah periksa semua tak jumpa puncanya. Jadi penyelesaiannya adalah dia cuci je tempat yang mungkin punca kepada gegaran dan dia kata kalau ada masalah lagi suruh datang cecepat. Hhhmmm, baiklah.

Terima kasih kerana memeriksa Taejang. Tak lama pun tadi dan yang penting tak perlu bayar apape. Jangan nak berdondang sayang sangat ye sebab tetap kena mula menyimpan untuk masalah tak terjangka. Bela kereta ni macam bela orang, bila meragam, tak boleh nak tangguh-tangguh dia punya penyelesaian tu, kena waktu tu jugak. Esok kena jugak hantar Taejang untuk dibasuh sebab rupa dia dah tak hensem macam Taejang Choi Young. Heeee....

No comments: