Engagement Fund ;)

Sunday, 7 June 2015

Makan-makan di Sweetree

Selepas seminggu Jun menjelma, barulah sempat dan ada mood sikit nak menaip dekat sini. Assalamualaikum semua. Bulan baru, azam baru, cerita lama. Eh? Macam biasa, cerita tertunggak bersusun-susun dalam draf. Kali ni nak cerita pasal lepak tak ingat dunia dekat Sweetree, sebuah restoran makanan Korea pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan halal dari Jakim. Restoran ni dekat kawasan Ampang tapi tak tahu jalan sebab ada pemandu arah waktu pergi haritu. Untung la Mada, rumah dekat dengan Sweetree, bila-bila terasa nak makan toppoki dengan pajeon super sedap, tak sampai 10 minit dah siap order.

Sebaik saja nampak Sweetree dari lampu isyarat simpang masuk ke dalam, terus gembira tak terkata sebab lamanya teringin nak makan makanan Korea ni. Nak gentel sendiri toppoki, malas. Maka terpaksa jugak pergi cari. Kedai ni ada dua tingkat dan kami memilih untuk duduk di tingkat atas sebab lebih santai dan privacy kekdahnya. Agak-agak nak lagi privacy, boleh juga pilih untuk duduk dalam ruang tertutup macam bilik tapi kena duduk bersila. Ada tiga bilik tak silap. Hiasan dalaman memang cantik dan menenangkan; lampu pun malap je jadi sangat sesuai untuk sesi borak dan menikmati makanan. Sebelum tengok gambar makanan, nah tengok dulu hiasan di luar kedai

Halal Jakim


Ni pulak salah satu bilik makan yang ada; sesuai kalau nak makan daging panggang

Sampai je pelayan bagi kami buku menu dan kami pun cakap nak telaah dulu sebelum pesan. Maklumlah, orang lapar dan tamak, semua benda nak dipesannya. Hahaha... Lama gila telaah buku menu sebelum buat keputusan nak memesan. Janjinya ada 5 orang tapi kami bertiga sampai dulu maka kami pun buat pesanan dulu. Bila yang katanya dua orang lagi tapi cuma seorang yang muncul tu sampai, buat pesanan untuk yang baru sampai dan yang dah lama sampai untuk kali kedua. Dah kata tadi kan, lapar dan teringin punya pasal, semuanya dipesan. Nasib baik habis maka tiada pembaziran berlaku.

Memang menikmati makanan sungguh sampai tak hirau keadaan sekeliling. Pulak tu jumpa dengan Radin yang dah sedekad tak jumpa, maka macam-macam cerita keluar. Nah layan gambar.

Salah satu ruangan hiasan yang ada dan pengunjung boleh cuba pakai hanbok yang tergantung tu

Pembuka selera

Banchan pada hari tersebut; kimchi dia pada aku boleh tahan sedap tapi aku suka lagi kimchi dekat Dubu-dubu

Pencuci mulut paling popular, pat bingsu

Hat ni tak ingat nama tapi macam fried seafood gitulah, Aten yang pesan

Spicy toppoki terpaling sedap tak tipu punya! Tak terlalu kenyal dan cukup perasanya

Dolsot beef bibimbap(gamabr atas) ni Tuan Tanah punya..yang ni pun sedap dan sos untuk digaul bersama nasi tu terpaling win! Menepati piawaian pedas tekak Tuan Tanah, daebak! Sayur dekat nasi pun segar dan pelbagai cuma daging dia terlalu sikit bagi aku, tak setimpal dengan kuantiti nasi dan sayur...

Tapi, licin jugaklah kan sebab dah order dan mahal, wajib habiskan

BBQ kimbap kot; tak ingat sape punya...sama ada Mada atau Radin sebab dua orang tu order kimbap

Kimchi kimbap...kimbap dia pun layan jugak cuma saiz dia tak sebesar yang kat Korea nun...jenuh ko nak habiskan kimbap kat Korea..

Taraaaa! Pajeon yang super sedap dan sangat tak kedekut isi; selain daun bawang, ada hirisan sotong jugak jadi berbaloi la dengan harga...sampai je kena tunggu blogger ambik gambar sebab nak letak dalam blog cuit-cuit dulu sebab panas berdesir lagi lempeng ni; tak boleh terus masuk mulut...

Okey, dah sejuk sikit terus serangggg!

Belah sana, Aten dan Mada

 Belah sini, Radin dan Tuan Tanah

Sebelum pergi bayar, buatlah lawatan tapak kejap dekat aras dua sambil bergambar

Ada dalam 3 jam jugaklah melepak dalam ni. Ye la, bukan senang nak datang sini, alang-alang dah sampai sini, baik duduk lama-lama. Selain ruang makan awam, ada juga ruang khas untuk majlis-majlis tertentu. Nak buat reunion ke, birthday party ke, pun boleh. Selain restoran, Sweetree juga ada menyediakan kelas bahasa dan kelas memasak makanan Korea. Korang boleh tengok dekat laman web rasmi diorang ye untuk maklumat lanjut. Secara keseluruhannya, puas hati makan dekat sini. Paling win adalah toppoki dan pajeon. Banyak lagi menu lain yang tak mampu untuk dimakan pada hari tersebut tapi daripada apa yang kami makan, dua itulah yang terbaik yang pernah aku jumpa di Malaysia ni. Ada masa dan rezeki, inshaAllah nak datang lagi untuk makan toppoki dan cuba menu lain pulak. Akhir kata, korang pergilah cuba makan dekat sini okey? Tak menyesal dan puas hati.
Babai! Tuan Tanah nak balik dah.....Hehehe

No comments: