Engagement Fund ;)

Wednesday, 24 June 2015

Sampai Nak Tersembam!

Penangan tak tidur semalaman, beginilah jadinya bila masuk kerja. Sambil isi markah budak-budak ni dalam sistem, boleh aku terpejam mata sampai nak tersembam dekat keyboard. Bukan tak nak tidur, tapi tak boleh tidur. Dah padam lampu, dah baca doa, dah ambil posisi cantik punya, tiba-tiba tak mengantuk. Siap dah golek-golek nak kasi mengantuk jugak tapi tak boleh. Sebelum tu memang dah rasa mengantuk tapi bila baring, eh eh, segar pulak?

Semalam memang la cuti 'terpaksa' sebab ada benda tak selesai yang bila fikir sampai susah hati(padahal benda tu kalau buat kejap je siapnya). Tapi benda tu tak kritikal pun, yang kritikal adalah pemikiran dalam otak yang penat dan tak ada mood nak pergi kerja. Boleh gitu? Orang tak ada cuti, akan ada masa angin kus-kus ni datang tapi jarang sangatlah dia datang. Bila tak kerja, tidur siang tu lebih sikit la kan tu yang bila malam boleh tiba-tiba jadi segar kot.

Dah tak boleh tidur, pasang laptop, layan Running Man la. Kadang bila tengok Running Man boleh buat mengantuk jugak tapi kali ni tak menjadi mengantuk malah boleh sambung ke episod seterusnya sampailah dah waktu sahur.

Ni air kotak malam tadi, haus gila punya pasal + terliur tengok budak-budak tu minum, belilah sekotak padahal dekat peti ais kat rumah tu macam-macam perisa ada, tak heran pun...

Sejak mengajar tuisyen malam Rabu, biasanya hari Selasa memang tak akan pasang laptop sebab tak sempat dan penat. Habis tuisyen pun dah pukul 10, sampai rumah paling tidak pun pukul 10.30, mana sempat nak tengok laptop? Bulan puasa ni tuisyen mula lewat setengah jam maka habis pun lewat jugalah. Rezeki nak tambah pendapatan melalui cara ni, alhamdulillah. Ada lagi tawaran untuk jadi cikgu tuisyen tapi rasa macam tak larat pulak. Cukuplah dulu setakat yang ada. Okey, dah hilang ngantuk, nak sambung isi markah balik. Babai :)

No comments: