Engagement Fund ;)

Saturday, 4 July 2015

Berbuka Makan Apa?

Dah masuk hari yang ke-17 pun puasa, barulah datang semangat nak menulis pasal juadah berbuka. Tengok blog lain, kemain meriah hari-hari ada entri baru siap gambar dan cerita panjang lebar lagi. Syabas, kipidap! Nak juga ber'kipidap' tu, maklum la tengah musim. Layankan aje. Hehehe..

Jadi, kitorang buka makan apa? Masak kah? Beli kah? Sepanjang 17 hari puasa, baru tiga kali aku masak betul-betul untuk buka termasuk hari ni. Hari pertama puasa haritu semangat kemain masak lepas tu hari keberapa entah, pun semangat juga memasak. Lepas tu, nan hado! Param memanjang. Dia kan, bila dah sekali ke param, memang tersampuk akan pergi lagi esok dan esok dan esok dan esoknya lagi. Nak nak bila ada banyak lokasi param yang boleh diterjah, memang tak payah fikir dah nak sental kuali.

Kuih cara manis

Waktu masih kerja haritu, lagi senang sebab ada sorang staf tu maknya jual lauk-pauk untuk berbuka jadi dalam tengahari dia buka untuk tempahan dan petang sebelum punch out dah dapat dah lauk. Lagi malas berkodi-kodi nak masak kan? Menunya pulak hari-hari tukar dan ada empat pilihan pulak tu, laaaaagilah masyuk. Tinggal masak nasi dan senduk lauk je, tak payah nak merungut mahal okey? Berbelanja pun berpada-padalah, tak adalah hari-hari nak makan sedap je kan? Karang pakcik menteri cakap, harga barang naik pun, orang ramai masih lagi berpusu-pusu berbelanja, jadi apa salahnya kita naikkan harga. Gituuu... Aku baca kenyataan begitu, terus 'whatever!' Apa-apalah Pakcik Menteri...

 Sambal udang + petai, sayur campur

Kerabu nangka, paru berlada

Kat param pulak kuih ada, lauk pauk pun berlambak, jadi mengapa perlu bersilat di dapur? Gituuu... Kalau masak, nak kena sediakan bahan lepas tu masak lepas tu kena basuh alat masak lepas tu kena lap dapur. Tak kena gaya, kena mop lantai sekali sebab melekit. Hesy, banyak kerja. Kalau waktu tengah malas, kemain semua serba tak kena, semuanya renyah. Kalau waktu rajin, sanggup je beraikido kat dapur tu macam hari ni.

Hari ni kengkonon nak masak daging masak kicap sebab teringin nak makan dan dah lama gila tak masak. Lepas tu buat buah melaka dengan roti sardin goreng dan goreng sayur. Semua sempat masak kecuali daging kicap sebab tak sempat hoi bersilat sorang-sorang kat dapur. Konsepnya ko sempat ko buat, ko tak sempat, lantak situ. Maka daging yang dah siap rebus tu simpan dalam freezer untuk dimasak di kemudian hari. Lagipun ada punjungan jugak tadi makanya kalau masak pun tak termakan. Akhir kata, nah gambar tembikai susu pemberian jiran selorong. Bila tengok tembikai susu yang siap dipotong, aku terfikir dewan makan. Sebab? Mungkin aku mengenali buah ini dengan lebih mesra sewaktu di asrama kot.

No comments: