Engagement Fund ;)

Wednesday, 8 July 2015

Mana Yang Lagi Best?

Bila bercakap pasal solekan, tidaklah tahap pro tapi bolehlah sikit-sikit belajar dari kawan-kawan, majalah dan internet. Tapi bila dah berduit, pandai jugaklah nak membandingkan jenama ni dengan jenama yang tu. Sebelum ni aku pakai Chubby Stick Clinique je sebab dia melembapkan bibir dan ada warna macam gincu jugak. Tapi sejak konon-konon nak beralih arah, cuba beli produk Laneige.

Mula-mula nak beli dekat BBW je tapi sebab takut warna tak sama seperti dalam gambar, maka akhirnya aku beli di kaunternya di Setia City Mall. Waktu tu pergi dengan Kak Chik dan asalnya nak beli satu benda je, lepas tu melarat beli benda lain. Biasalah, bila dia cakap beli sekian-sekian harga boleh dapat benda lain, maka dengan tamaknya beli benda lain sekali. Jangan tiru tau, tak baik untuk kesihatan minda dan poket.

Dekat kaunter, boleh cuba warna mana yang cantik dan sesuai. Mujurlah ada tukang kritik maka tidaklah pening kepala nak pilih yang mana. Akhirnya beli sebatang gincu warna merah. Baru-baru ni dapat pulak sebatang gincu percuma waktu beli barang dekat Clinique. Dah kata percuma, ambik jelah kan? Bila dah ada, takkan tak pakai pulak? Disebabkan warna gincu Clinique lebih semulajadi, maka bila pakai tu tak nampak sangat menyerlah dan tidak long lasting.
Rupa luar; yang hijau tu dah tentulah Clinique dan yang bersinar tu Laneige

Rupa dalam

Jadi, mana lagi best? Aku pilih Laneige sebab bila pakai, bibir tak terasa tebal dan lebih tahan lama. Rasa ringan jelah bila pakai dan bibir pun tak ada kering sebab dia ada serum pebenda entah nak bagi bibir lembap. Tapi masalahnya warna dia agak merah mak ngah sikit jadi kalau rajin, aku gabung je dua-dua warna ni dan dapatlah warna yang cantik. Oh ye, nama gincu Laneige tu adalah Serum Intense Lipstick manakala yang Clinique pula adalah High Impact Lip Colour. Kot la nak beli kan, boleh Google je cari info dulu sebelum beli.

No comments: