Engagement Fund ;)

Wednesday, 8 July 2015

Persiapan Raya 2015 Cik Farae

Jadi, majoriti yang duduk jauh di perantauan sudah pun berangkat pulang ke kampung dan ramai juga yang sudah sampai di kampung. Yang dah tiba di kampung halaman, sila menjadi ringan tulang membantu mana yang patutlah ye. Cik Farae baru je masuk kerja balik hari ni lepas diberi cuti panjang iaitu dua minggu. Berdondang sayanglah dekat rumah. Lalalalala... Lepas ni siaplah nak kena pulun deadline. Takpe, yang tu fikir kemudian, kita raya dulu. Hahaha...

Rancangnya tak nak cuti langsung tapi mohon juga cuti untuk hari Isnin sementara bos-bos ada kalau-kalau tetiba jadi malas nak bersiap ke pejabat kan; kalau rajin, punch in la saja pagi Isnin nanti kalau malas, dah mohon cuti. Dah siap ke persiapan rayanya? Kita tengok satu persatu.

1. Baju raya
Sebab tahun lepas tak ada baju raya cun, tahun ni beli siap-siap dan tengok siap-siap mana yang berkenan. Beli online saja baju-baju tu. Baju kurung pulak bahannya beli dah lama bila ada orang jual dekat pejabat dan sebelum raya dah hantar ke Kak Wan dan belum puasa pun dah siap. Sejak beli barang online terutamanya baju, dah tak pandai dah nak beli baju atau tudung dekat kedai; nampak semua tak cantik aje yang tergantung di penyangkut kedai tu. Hehehe... Baju raya nenek tempah saat akhir; nasib baiklah Kak Wan masih nak terima kalau tak, tak tahu nak cari mana. Baju Abah dah beli satu malam tadi gara-gara temankan Abang Paiz cari baju raya dia. Pilih punya pilih, dia suruh belikan untuk Abah sekali, dengan Abang Paan sekali. Dah, diorang jadi satu team baju warna merah hati. Aku dah la tema tahun ni warna ungu dengan biru, celah mana nak cari warna merah hati? Lantakkan situ...

2. Kuih Raya
Dari awal dah berazam tak nak buat kuih raya dan memang aku tempah jelah sana sini. Laju je nak menempah lagi-lagi yang online. Hehehe... Dua jenis tart telah ditempah online dan dua-dua pun sedap tahap Power Rangers!
Tart nenas terpaling sedap!

Swiss Tart pun sedap!

Kuih raya pelbagai jenis buatan Mak Uda..ni sebahagian yang kawan-kawan opis tempah..

Kuih raya lain tempah dekat Aten je sebab Mak Uda dia punya kuih raya pun sedap! Tahun ni menjual kuih raya alang-alang cari duit lebih sikit. Kemain banyak pilihan biskut Mak Uda sampai tamak rasanya. Hahaha... Biskut je ada 8 jenis kot aku beli campur sekali dengan staf pejabat ni jual. Yelah, tolong kawan kekdahnya. Rempeyek memang dah tempah siap-siap dengan Wak J manakala kerepek pulak cuma ada kerepek ubi je sekilo dengan kerepek pisang tanduk percuma-kak-ijan-bagi sekilo. Asalnya aku tempah kerepek pisang tu sekali Kak Ijan bagi percuma je sebab aku bagi dia biskut red velvet. Lahai, memang nak bagi sesuatu pun dekat Kak Ijan sebab dia selalu bagi aku macam-macam. Tapi tulah, teruslah dibalas pemberian tu. Rezeki...

3. Kemas rumah
Yang ni aku paling tak pandai sekali sebab dari dulu memang tak rajin dan tak minat. Waktu arwah mak ada, beliaulah yang bahagi-bahagikan kerja jadi senang. Bila tinggal aku je perempuan, semua aku kena fikir. Nak tak nak kena paksa jugak abang-abang aku tolong sebab kalau tak tiada juadah raya sebab penat kemas rumah. Konsep dia cakap sekali je lepas tu kena sabar dan perhati. Kalau ulang banyak kali tapi kerja tak jalan jugak, sakit hati kuasa dua. Nasib baik jalan jugak apa yang disuruh tu. Langsir dah siap basuh, tinggal nak bercinta je pasang cangkuk.

4. Juadah raya
Bahagian ni nak tak nak aku juga yang kena fikir dan buat keputusan sebab bila tanya Abah, Abah akan cakap; "Ikut ko lah, ko yang nak masak." Tapi takdelah aku buat keputusan sepenuhnya sebab kena juga ikut apa Abah nak, derhaka karang. Malam ni dah kena mula kupas bawang segala untuk buat rendang. Tak perlu banyak kot sebab lebihan masak monjong haritu pun masih ada, jadi tambah je mana yang kurang. Tahun lepas tak buat apape maka tahun ni kenalah buat rendang dengan kuah kacang.

Itulah dia pecahan persiapan raya yang perlu difikir setiap tahun. Banyak kan walaupun masih bujang? Sebab duduk dengan keluarga, kenalah bawa diri dan lantik diri sendiri jadi ketua. Hehehe... Bilik air tak sental lagi ni, bila nak sental pun aku tak tahu. Ya Allah, semoga Cik Farae sempat siapkan semuanya sebelum raya dan diberi kekuatan fizikal dan emosi untuk menempuh raya. Aminn..

No comments: