Engagement Fund ;)

Sunday, 12 July 2015

Tart Nenas Terpaling Sedap

Penangan review dari Kak Su, tergoda aku dibuatnya dengan tart nenas jenama di atas. Sanggup je memandu sampai ke Balakong nun semata-mata nak ambik tempahan. Jauh memanglah jauh tapi sebab kira dah biasa dengan kawasan sana, maka takde benda pun. Pertama kali tempah adalah untuk acah-acah rasa. Dah la cakap lambat, mintak pulak kuantiti yang bukan kuantiti sebenar, nasib baik tauke baik hati maka permintaan ditunaikan. 

Pertama kali rasa, memang terbaiklah! Kali terakhir makan tart yang rasa lebih kurang macam ni adalah 3 tahun lepas kot. Lepas tu tak jumpa dah. Bila kongsi dekat FB, ramai pulak yang nak jugak. Sebab aku baik hati, ambik la tempahan. Alang-alang nak ambik aku punya, masukkan je la sekali kan? Siap bagi rasa lagi tau walaupun sayang sebab nanti habis. Hahahaha....

Gigih tau paket kecik-kecik

Maka semalam sempena nak berbuka puasa dengan Geng Tingkap, sekali jalan ambik tart. Mula-mula kata nak jumpa kat Econsave tapi bila masuk kawasan Econsave, perghhhh, sesak gila dengan kereta keluar masuk, dengan orang ramai, terus tukar tempat ke plaza perabot sebelah Econsave. Aman sikitlah nak menunggu pun. 

Sebab dah bayar siap-siap, semalam ambik jelah dan ambik gambar testimoni kekdahnya. Bonet kereta Aten penuh jadi semua tart nenas tu kena duduk dekat kerusi belakang. Disebabkan ada banyak maka bawak kereta pun kena berhemah lain macam. Ada sekali satu plastik terbalik; selamatlah satu balang tu hancur sikit isinya. Lepas dari tu, terus aku pakaikan tali keledar dekat balang-balang tu. Hahahaha.... Itu pun bila nak brek mengejut je atau nak kona baring cepat-cepat aku bising atau Aten bising; "Wowowowo, tart wei, tart." Sampa camtu sekali nak jaga tart. Hehehehe...
Dah selamat sampai dan tunggu masa untuk diagihkan saja

No comments: