Engagement Fund ;)

Friday, 21 August 2015

Berprogram di Tengah Hutan - Episod 3

Ni sambung cerita zaman tok kaduk pulak. Catatan aktiviti sepanjang di sana semua dah selamat sebab Note 8 kena format baru-baru ni. Sobsobsob... Jadi aku cerita berdasarkan gambar dan juga memori yang tertinggal di sel-sel otak. Kalau nak baca dari awal, boleh buka arkib bulan Mei ye, ada dari episod satu.

Selepas berehat akibat kepenatan bermain air, aktiviti bersambung. Sebelum tu ada explorace kejap. Kejap ke? Lama kot cuma kami yang turun lambat maka waktu kami sampai semula ke dewan, explorace tu hampir selesai. Hehehe... Tapi ada jugak la ambik gambar sikit waktu explorace tu


Kepenatan berlari sana sini cari klu dan selesaikan tugasan sampai terbaring...

Petangnya hanyalah aktiviti dalaman memandangkan cuaca tidak begitu cantik dan hujan turun dengan sangat lebat ketika aktiviti kedua baru bermula. Aktiviti pertama untuk sesi petang adalah Tarantula dimana tangan setiap ahli diikat dengan satu tali yang telah disimpul seperti sarang labah-labah. Ada baaaanyak simpulan selepas satu simpulan besar dan para pelajar dikehendaki meleraikan simpulan tersebut sehingga satu tali hanya terikat pada dua orang. Agak lama aktiviti berlangsung sebelum satu kumpulan berjaya meleraikan simpulan yang ada. Setelah diperiksa oleh jurulatih bahawa simpulan-simpulan pada tali telah terlerai, mereka perlu menyimpulkan semula tali tersebut kepada asal.





 Yeay, berjaya mencantumkan tali-tali ini semula!

Habis aktiviti Tarantula, beralih pula ke aktiviti Lipan Manusia (Human Centipede). Dalam aktiviti ini, setiap kumpulan dibekalkan dengan surat khabar dan mereka perlu mencantumkan helaian-helaian surat khabar menjadi satu gelung yang panjang dan kukuh dan boleh memuatkan semua ahli kumpulan. Gelung yang dibina perlu betul-betul kukuh kerana satu perlumbaan antara kumpulan akan dijalankan sesudah gelung siap dibina. Ada kumpulan yang melapis beberapa helai sebelum dicantumkan, ada juga yang melipat helaian surat khabar supaya kukuh dan jimat bahan.






Malamnya, sebelum aktiviti Berjalan Malam(Night Walk) , setiap kumpulan perlu menyediakan satu persembahan sempena malam kebudayaan. Mereka diberi masa selama satu jam untuk bersedia dan seterusnya mempersembahkan apa yang telah dirancangkan. Gambar ada banyak tapi malas nak edit jadi aku letak dua kepin je. Heee...



Usai persembahan, bermulalah Night Walk. Bila nak masuk hutan, kita kena lebih berhati-hati sebab kita hanyalah pelawat pada tempat tersebut sedangkan ada penghuni lain di situ. Sebelum aktiviti bermula, ada taklimat sikit untuk pantang larang dan apa peraturan yang perlu diikut. Kami juga dibekalkan dengan gelang cahaya glow in the dark sebab sebarang lampu suluh tidak dibenarkan.
Taklimat sebelum bermula

Pegawai Pengiring dengan gelang glow in the dark masing-masing

Ada juga kata laluan pada malam tersebut. Sekiranya terserempak dengan sesiapa sewaktu aktiviti berjalan dan mahu memastikan bahawa 'sesiapa' itu adalah kawan, dia perlu jawab "Seram" apabila kata kunci "Malam" dituturkan. Kalau jawapan dia lain, pandai-pandailah ko. Heeeee... Mana la tahu kan, waktu naik bukit ada 50 orang tetiba waktu turun jadi 51 orang, tak meloncat ko kat situ? Macam yang jadi waktu perkhemahan kadet bomba masa tingkatan 2 dulu, tiga kali kira pun, ahli kumpulan tetap terlebih satu. Cuak ko kat situ jeling kaki orang sebelah. Hahahaha... Sampai hari ni misteri tak terungkai.
Suku jalan, sebelum masuk hutan dan mula mendaki

Ada insiden cuak juga waktu Night Walk ni dimana orang paling depan telah salah memilih jalan. Kami pegawai pengiring ni diletakkan di barisan paling belakang, manalah tahu kan sebab kita ikut je orang depan. Orang depanlah tanggungjawab paling besar sebab dia yang pimpin orang-orang belakang dia. Kalau ada tunggul kayu kena bagi tahu, kalau kena langkah besar kena cakap, kalau nak kena tunduk pun kena maklum. Boleh tahan laju jugalah budak-budak ni jalan sampai nak tersadung kami kat belakang ni.

Waktu jalan tu, adalah panduan iaitu tali yang diikat sepanjang jalan; kena jalan berpandukan tali tu tapi dah 3/4 perjalanan tiba-tiba ada suara orang menjerit dari belakang kami yang paling belakang ni beserta suluhan lampu suluh. "Berhenti! Patah balik, patah balik!" Ah sudaaaahhh, dengan tak ada kata laluannya, tetiba suruh patah balik. Orang ke 'beruang' ni? Urusetia yang duduk paling belakang selepas kami berempat tu pun ragu-ragu nak berhenti ke nak terus sebab arahannya adalah kena ikut orang depan.

Rupanya, yang menjerit tu adalah Abang Kombat iaitu ketua urusetia sebab orang depan dah salah ikut tali. Cuak aku tau! Patutnya kena ikut tali yang warna putih, bukan tali rafia plastik tapi orang depan dah salah pilih tali. Jadinya, kami yang paling belakang ni dah jadi orang paling depan sampailah ke destinasi yang ditetapkan.

Tiba ditempat berkumpul, sesi bertafakur dengan alam pun bermula. Tenang je rasa waktu ni sebab hanya dapat dengar bunyi-bunyian dari penghuni hutan dan bila mendongak ke langit, boleh nampak bintang-bintang bertaburan dengan jelas. Lepas tu, barulah seorang demi seorang demi seorang dilepaskan turun ke tempat berkumpul terakhir dan tamatlah aktiviti Night Walk.
Tempat berkumpul terakhir sebelum kembali ke dewan

No comments: