Engagement Fund ;)

Sunday, 23 August 2015

Buka Puasa dengan Geng Makan

Masih lagi cerita berbuka dan ini kejadian pada 10 Julai yang lalu dimana ketua Geng Makan mengusulkan untuk berbuka puasa bersama-sama. Disebabkan aku sedang bercuti waktu tu, maka aku setuju aje dengan apa-apa keputusan yang dibuat sebab memang tak pegang sangat pun telefon dekat rumah, tukar jadi flight mode lagi ada. Hahahaha..

Mula-mula nak ke Mohd Chan tapi akhirnya lokasi bertukar ke Restoran Belanga di Seksyen 14 Shah Alam yang menghidangkan bufet dengan harga RM 35 sekepala. Layankan aje. Aku ni dah lama sangat tak ukur Shah Alam jadi tertanya-tanya juga dimanakah tempatnya  Plaza Azalea tu. Rupanya bangunan dia dekat belakang bangunan PKPS tu je.

Kak Rin ajak gerak sama tapi sebab aku nak ambik kuih raya dulu maka aku gerak sorang je dari Banting. Bila dah lama tak merayap sorang-sorang, hati ada sedikit gentar. Dari Banting pukul 4 dan terus menuju ke rumah pembuat kuih raya. Bercinta juga nak cari rumah sebab dekat nak sampai tu, Note mati pulak, satu hal pulak aku kena berhenti tepi jalan tunggu dia bercas balik sebab aku setkan jalan dekat Google Map + tak ingat alamat.

Selepas pusing punya pusing, jumpa juga dengan bantuan yang ambik tempahan tu iaitu Ifa. Aku kenal si Ifa ni waktu praktikal dulu dan lepas tu cuma hai hai dekat FB je. Bila dia letak gambar Swisstart yang nampak sedap dan memang sedap pun, teruslah tempah dua balang untuk raya. Waktu ambik tu dengan mak dia je sebab Ifanya kerja. Dah dijemput masuk, aku pun masuklah dalam. Ingatkan kejap je sekalinya siap borak-borak. Walaupun aku tak reti sangat nak berborak, aku retikan jugak. Hehehe...

Selesai ambik kuih baru gerak ke Shah Alam. Dari situ nak ke Shah Alam, punyalah sesak. Celah mana yang tak kena berhenti? Berjaya jugalah sampai sebelum azan dan aku antara yang terawal. Orang pertama adalah Kak Nurul dan lepas aku sampai baru yang lain-lain sampai. Bila masing-masing datang dengan keluarga kecuali aku, maka aku pun layan diri sendiri jelah sebab orang lain sibuk layan anak. Pasrahhh...

Makanan boleh tahan banyak dan masakan pun sedap. Disebabkan bateri telefon aku dua-dua nazak, memang tak ada gambar makanan langsung. Suasana pun okey la dan tempat solat pun agak selesa sebab dia asingkan antara lelaki dan perempuan. Lepas buka dan solat, lepak kejap borak-borak sebelum berangkat pulang. Sebelum pulang, wajiblah bergambar 10 kali depan restoran. Hehehehe...
Geng Makan yang memang kuat makan dengan sebahagian anak masing-masing kecuali aku la kan, ada anak tekak je...

Okey, anak-anak lain pun masuk sekali semua

Ini sekali semua dengan suami masing-masing kecuali aku jugak la kan, belum kahwin maka tak ada suami...

No comments: