Engagement Fund ;)

Saturday, 22 August 2015

Buka Puasa dengan Keluarga

Raya dah habis, cerita masa puasa haritu tak habis-habis. Nasib koranglah kena baca jugak. Hehehe... Pusingan kedua buka puasa di luar adalah bersama keluarga tercinta. Macam biasa, destinasinya adalah di Bangi sebab dekat sana je bersepah kedai makan yang biasa pergi. Tapi kalau buka puasa, pilihan utama adalah di Restoran D'limau Nipis. Boleh kata tiap tahunlah ke sana sejak zaman sekolah dulu lagi.

Kali ni pergi hari kerja maka redah je tak tempah meja pun. Nasib baik banyak tempat kosong, takdelah duduk dekat laluan orang ramai sebab meja tambahan. Walaupun aku rasa macam cerita ni ulang siar tiap tahun, tetap juga aku nak tulis. Heeee...

Kedai ni ada dua pintu dan kalau tak cukup meja jugak, dia ada buka meja dekat kawasan meletak kereta. Duduk luar pun seronok juga sebab sejuk dengan angin semulajadi. Sampai je cari meja dan pergi kaut nasi dan pilih lauk kegemaran. Keistimewaan kedai ni adalah bahan-bahan yang digunakan adalah segar terutama ikan dan sotong.

Menu paling laris adalah sotong bakar yang gemuk-gemuk sotong dia. Pilihan bahan bakar lain adalah ikan pari, ikan keli, ikan cencaru, ikan kembung dan ikan siakap. Ikan lain pun ada rasanya tapi tak perasan. Konsep dia, pilih mana-mana ikan yang berkenan dan dia akan timbang. Harga akan ditulis ditepi pinggan. Oh ye, ikan patin pun ada jugak.
Ikan pari bakar aku punya; selamba je ambik paling besar sebab bukan aku yang kena bayar...hahaha

Jangan terkejut bila tengok harga sebab macam mahal tapi sebenarnya berbaloi-baloi. Disebabkan setiap kali makan sini ada orang payung, maka aku tak fikir pun pasal harga; pilih ikan paling besar lagi ada. Hahaha... Malangnya hari tu sotong bakar dah habis maka tak dapatlah makan sotong. Sambal pencicah dia lagi melampau sebab ada sampai lima jenis. Ko pilih je mana yang berkenan, nak ambik semua pun takpe tapi kena habiskan la sebab karang membazir.
Meja kami

Tauhu ni sedap okeh! Kuah dia tu, kuah dia...

Air istimewa restoran ni dan wajib beli kalau makan sini

Abang Paiz dengan Abang Parhan

Abah dan Tuan Tanah

Servis cepat, makanan sedap, banyak pilihan, maka bolehlah datang lagi. Surau pun disediakan tapi tak pernah lagi solat di surau dia sebab biasanya kitorang akan ke masjid Al-Hasanah atau masjid di Sungai Ramal Dalam.

Alang-alang dah keluar, singgah jugalah ke tempat tumpuan di Bangi tu tapi tak sempatlah nak pergi semua, cuma pergi PKNS je. Tak beli benda sangat pun sebab baju raya semua dah beli online maka hanya meronda lawat kawasan sahaja. Tengah meronda, ada orang hulur kuih gunting untuk dirasa. Dah orang bagi, kaut la juga. Makan punya makan, eh, sedap! Beli sebekas 1/2 kilo dengan harga 20 hengget. Macam mahal kan? Tapi sebab nak buat leceh, 20 hengget is nothing. Eceh... Lepas tu balik rumah la wei sebab kedai semua dah tutup.

No comments: