Engagement Fund ;)

Tuesday, 18 August 2015

Buka Tutup Buka Tutup, Buka Semula...

Lepas dah habis raya, aku pun buka semula blog sendu ni untuk rujukan diri sendiri. Bila buat private, leceh pulak aku nak kena log in bagai sebelum boleh cari balik benda yang nak dicari tu. Harap-harap ada jugalah manfaat blog ni kepada orang lain jugak.

Banyak benda nak cerita tapi mood masih kelaut sebab Encik Laptop tak berapa nak sihat ditambah pula tak ada masa nak hidupkan laptop pun bila balik. Ni pun pakkal tak keluar makan, boleh la merepek sikit-sikit. Hehehe...

Cerita yang nak dikongsi tu kebanyakannya dah taip, cuma nak selit gambar jelah lagi yang bercintaaa sangat! Akhirnya entri tu pun terkubur. Heee... InshaAllah dah lepas raya ni ada masa sikit kot nak mengadap laptop di hujung minggu sebab waktu raya haritu semedang keluar rumah Sabtu Ahad, tiap minggu. Ada minggu yang siap tak balik rumah pun ada.

Semester baru dah mula, maka bermulalah kembali kesibukan. Kali ni budak-budak semester 1 boleh tahan ramai, pengsan la wei nak menanda kertas ujian ala-ala Muet yang ada tiga kali satu sem tu. Gambar atas ni budak-budak semester 2 yang ambil mudah kerja yang diberikan. Korang duduk depan tu bentangkan apa yang patut sampai cikgu korang ni puas hati. Bukan tak boleh, boleh je pun. Sabor jelah... 


Entri ini disudahi dengan secawan teh hijau cap AgroMas tanpa gula dengan perahan limau nipis sebagai ubat selepas melantak bagai tiada esok. Kalau perut korang rasa tak sedap, boleh cuba minum jugak, memang lepas tu rasa ringan sikit badan dan perut pun tak sebu.

No comments: