Engagement Fund ;)

Friday, 21 August 2015

Kena Lagi

Tengah hari tadi aku tak keluar rehat sebab pening kepala. Bila pening, tidurlah jawabnya baru lega. Tengok jam, macam tak berbaloi kalau balik sebab dah lewat; kalau balik tidur takut terlajak. Maka aku pun beranikan diri masuk surau kecik untuk tidur. Tak serik jugok dia ni!

Kali ni lampu semua terpasang tapi tak ada orang langsung. Aku nak bersangka baik je jadi baringlah dalam surau tu. Waktu baring tu aku dengar bunyi "Tek..tek...tek.." macam bunyi orang tengah buat kerja guna peralatan pejabat. Cuak jugak la sebab macam semua orang dah keluar rehat tapi boleh tak aku fikir jugak bahawa ada orang tengah buat kerja? Hahaha.. Sengal!

Dari pening kepala, dia dah tangkap ke leher dan jadi makin sakit la kan kepalaku. Maka aku golek kejap ke kiri kejap ke kanan nak bagi lega sikit. Bila dah macam nak lelap tu, macam terdengar pulak bunyi tapak kaki. Tengah mamai mamai tu, kena tindih lagi. Allah, kena lagi! Lama juga kali ni sampai aku tak kuasa nak lawan. Dalam pada mulut cuba nak sebut Allah, terlelap kot tapi tak lama tu dah ada orang masuk nak solat. Terus aku boleh bangun dan bunyi-bunyian tadi pun terus dah tak ada.

Nota Kaki: Jangan berani sangat please lain kali... Balik jelah rumah kalau nak tidur, bukan jauh mana pun jarak rumah ke pejabat...huuuu

No comments: