Engagement Fund ;)

Thursday, 27 August 2015

Koh! Koh! Sreet...Sreettt...

Ha, begitulah bunyi yang keluar dari mulut dan hidung bila batuk dan selepas bersin. Ini dah masuk minggu kedua batuk, sakit tekak, hidung sumbat dan kurang pendengaran. 

Minggu lepas mula sakit tekak sampai nak telan air liur pun payah. Serius sakit. Bila keluar kahak, keluar yang hijau pekat. Memang padanlah sakit dan susah nak bernafas. Nak bercakap pun susah sebab pernafasan tersekat. Kesian budak-budak sebab bila ngajar, laju-laju je cakap sebab nak cepat habis. Heee...

Kalau sakit tekak yang macam ni, tak lama lagi mesti naik ke hidung ni. Telahanku benar apabila bermula minggu ni, hidung dah gatal-gatal dan berair. Petanda nak selesema. Tekak pun boleh tahan tak nak mengalah dengan gatalnya. Suara memang dah bertukar jadi F.R.O.G. dan nak mengajar pun tak selesa sebab baru cakap satu ayat, tekak dah gatal dan lepas tu batuk sampai dua minit. Cemana? Samaada suruh diorang yang buat penerangan atau bagi je latihan. 

Bila batuk pakej selesema, tidur malam memang tak lena. Hampir setiap jam terjaga lepas tu batuk sampai nak muntah. Lepas tu masuk opis muka tak siap.Hahaha.. Kak R suruh pergi klinik tapi aku malas sebab rasa macam membazir. Hehehe... Cuma buat ubat semulajadi je dekat rumah iaitu minum air suam campur perahan limau nipis dan madu. Lega sikitlah tekak ni bila minum tu.

Hari ni dah okey sikit maka malam karang bolehlah kot sambung mengarang cerita basi untuk letak dalam blog ni. Entri sebelum ni yang meriah keluar sehari sampai dua tu entri berjadual, tu yang meriah. 

No comments: