Engagement Fund ;)

Saturday, 29 August 2015

Makanan Terpaling Sedap

Semenjak makan #tartnenasterpalingsedap ni, semua makanan pun nak dikata sedap. Orang, kalau suka makan tu, apa yang tak sedap? Selagi halal dan boleh dimakan, kita telan aje. Sementara nak tunggu mood mengarang cerita tertunggak datang, karang dulu cerita ringkas tentang makanan ni.

Secara khususnya, entri ni nak cerita pasal makanan Jawa yang sedap dan semakin susah nak jumpa. Mari kita tengok satu persatu. Dimulakan dengan lemper yang menjadi nombor satu dalam carta hati. Sedap gila okey kuih! Sedap tapi susah nak jumpa; kena tunggu ada kenduri kahwin orang Jawa baru jumpa. Itupun nasib-nasib juga sebab kalau dah katering, payah nak jumpa. Kalau masih rewang, kemungkinan besar boleh jumpa. Gambar bawah ni adalah lemper waktu kondangan tempat atuk saudara. Walaupun dari pagi sampai ke malam asyik makan je, tapi bila nampak lemper ni wajiblah aku buat tempat khas dalam perut untuk dia. Hehehe... Sebelum ni dah pernah cerita juga dalam blog pasal lemper, sila cari kalau nak tahu rupa dan rasa dia, ok?
Lemper pusingan kedua..hehehe

Lepas tu, tuntuman. Tuntuman ni bukan sekadar sedap, tapi banyak nostalgia. Arwah Nenek Kulon dulu selalu buat tuntuman ni untuk sarapan dan akulah yang rajin tolong dan temankan Nenek dekat dapur. Bila nenek sakit, Wak-wak yang bergilir jaga pun rajin juga buat kuih ni samaada untuk sarapan atau minum petang. Nostalgia sangat. Malangnya, aku tak ingat cara membuatnya bagaimana, guna tepung apa dan sebagainya. Dalam dia adalah tepung dan pisang dan kemudain dibalut daun pisang lalu dikukus. Bungkusan dia memang macam tu, tak ubah-ubah walaupun orang yang buat lain-lain.
Rupa luaran tuntuman

Tadaaaaa! Isi dalam dia..

Seterusnya, memperkenalkan keluban. Keluban ni macam kerabu tapi rasa dia unik sebab sambal kelapa tu tak sama rasa macam kelapa kerabu biasa. Yang ni biasanya ditemui dalam nasi ambeng tapi sebab nak buatnya leceh, pun dah jarang jumpa dah dalam nasi ambeng. Kadang-kadang kalau ada banchaan, dapatlah jumpa nasi ambeng yang ada keluban ni. Haritu ada seorang makcik cleaner dekat pejabat bawa keluban ni. Perasaan bila nampak keluban ni dalam pantri adalah tidak dapat digambarkan. Terlalu riang gembira! Beberapa kali jugalah Acik Wok bawa keluban ni untuk kami sampai ada satu hari tu, aku beranikan diri tanya apa bahan-bahannya. Senang je pun bahannya, cuma rajin dengan tidak ajelah nak membuat tu. Hehehe...
Sayur-sayuran yang dicelur - biasanya pucuk ubi, kacang panjang, dan tauge...tapi boleh je letak sayur yang sesuai nak dibuat kerabu..atas ni ada pucuk ubi, kacang panjang, jantung pisang dan sengkuang

+

Sambal kelapa - Gaul kelapa dengan bawang putih, cekur, cili api dan belacan yang ditumbuk kemudian letak sikit asam jawa dan perasakan dengan garam...kalau nak tahan lama, sangan dulu kelapanya...ini berdasarkan resepi yang disampaikan oleh Acik Wok la ye, aku tak cuba lagi...hehehehe...

=

Jajaaaannngg! Selepas digaulkan...sedapnya lahai kau keluban

Makanya, inilah dia tiga jenis makanan terpaling sedap yang dihasilkan dan wujud dalam komuniti Jawa di kawasan Banting. Tempat lain mungkin lain makanan terpaling sedapnya sebab walaupun namanya Jawa, dia macam ada suku jugalah.

No comments: