Engagement Fund ;)

Saturday, 22 August 2015

Monjong

Ini satu lagi tradisi tahunan orang-orang Jawa di kampung khususnya. Amnya mungkin orang Melayu dan Banjar pun ada buat tapi nama lain kot. Monjong ni adalah tradisi bersedekah juadah untuk berbuka ke jiran tetangga dan saudara mara. Saudara mara yang duduk dekat jelah, kalau duduk dekat Bangi nun, tak dapek la.

Tiap tahun memang tempah je sebab nak memasak ni adalah penat sebenarnya. Tapi aku pulak gatal cakap nak masak, hah ambik. Buat dua kali ye monjong ni sebab ada 30++ rumah untuk dipunjung. Peralatan memasak dekat rumah tu dah lengkap untuk buat kenduri tapi tenaga kerja tak ada, jadi jangan cari pasal. Karang sampai raya haji belum tentu periuk gabak tu dibasuh. Hahaha... Pusingan pertama buat nasi putih + ayam masak merah + sayur campur. Menu biasa je sebab aku rasa itu yang mudah.

Lepas sahur, terus masuk dapur siapkan bahan semua. Tak berhenti langsung ok! Siap kupas bawang, ayam pun sampai, terus bersihkan ayam dan terus lumur kunyit dan goreng. Sambil bersihkan ayam sambil goreng. Selesai bahagian ayam, siapkan bahan tumisan pulak; kisarlah semua yang kena kisar lepas tu mula menumis cili sebab cili kan lambat nak masak.

Dah selamat kuali tumisan cili atas dapur, basuh beras pulak. Guna periuk nasi yang biasa tu dengan yang sederhana besar. Disebabkan setahun sekali je masak banyak cenggitu, dah lupa sukatan maksimum beras untuk setiap periuk. Kesimpulannya, periuk kecil tu boleh masuk 4 pot beras dan periuk besar boleh letak 8 pot beras.

Selesai tenggek nasi, pergi solat. Itu jelah pun waktunya dapat rehat kejap. Lepas solat, siang sayur pulak untuk sayur campur. Sepanjang aku beli brokoli, inilah kali pertama jumpa brokoli yang banyak sesungguh ulat. Ulat besar? Ulat kecik? Ulat warna coklat? Ulat warna hijau? Semua ada. Satu hal aku nak kena potong dengan teliti. Waktu nak cepat nilah ulat ni pun nak muncul, pasrahhh.
Ayam masak merah yang dah siap dimasak dan pedas gila rupanya sambal ayam ni...aku terbeli cili yang paling pedas la kot ni..

Gedebuk gedebak, pukul 5 tepat baru siap semua. Tugas menghantar zaasss dekat abang-abang aku. Aku memang tak larat dah, melepek je depan TV layan Running Man. Eh?
Dapur dah kecah, angkut semua letak dekat ruang menonton tv untuk dibungkus


Sedia untuk diedarkan

Pusingan kedua dah bagi tahu Abah nak masak makaroni bakar je dan Abah pun okey. Sekalinya bila cuba guna oven yang tersadai sebab plug terbakar dan baru diganti plugnya, dia tak kuat jugak; cair juga plugnya padahal bakar puff je pun. Terus aku cakap nak tempah je, malas nak fikir dah. Maka tiadalah makanan barat seperti yang diperkatakan dan tempah nasi ayam berempah, senang cerita.

Berapa kali dah tukar plug oven tu tapi sejak plug asal dia bertukar, terus dia tak kuat. Juruelektrik dekat pejabat ni cakap, tak kisah plug macam mana asalkan warna hitam sebab volten oven tinggi. Bila aku bising-bising dekat Abang aku, dia cakap kena beli yang 13m. 13m tu macam mana? Cuba tolong tunjukkan, kata engineer, takkan la plug oven pun tak tau. Heeee..

No comments: