Engagement Fund ;)

Monday, 24 August 2015

Rasanya Macam Kena Bagi Nama

Dah separuh tahun pun tapi cerita bulan Januari haritu pun tak habis karang lagi, cemana? Hari ni nak cerita pasal Galaxy Note 8 yang sakit tahap kritikal tatkala usianya genap 2 tahun. Bila tengok balik resit, aku pun tak tahulah macam boleh sesenang hati keluarkan seribu lima ratus hengget untuk beli Note 8 ni. Kalau beli kamera, dah boleh dapat yang muncungnya panjang. Tapi semuanya dah berlaku, maka terimalah hakikat.

Pertama kali dia semput adalah beberapa bulan selepas pembelian dimana dia tak boleh nak dicas langsung. Memandangkan waktu tu masih dalam jaminan, maka aku hantar je semula ke tempat beli dan selepas itu elok semedang. Cuma ada sekali tu bateri dia kejap sangat habisnya padahal baru je hidupkan lepas dicas. Gelabah aku Google sana sini cari penyelesaian.

Disebabkan Note 8 ni kategori tablet, maka baterinya tidak boleh ditanggalkan sesuka hati. Kalau telefon biasa, bolehlah cabut bateri dia, usap-usap sikit dan bagi dia rehat. Tapi yang ini, celah mana nak cabutnya? Bila aku Google, diorang cakap kena rehatkan tablet dari dicas selama beberapa jam untuk beberapa kali.
Ok, bila dicuba, alhamdulillah berkesan. Galak sangat main game, memang asal bateri kong je terus cucuk pengecas. Bila dah penuh, terus hidupkan dan buat main game sampai lebam, memanglah merajuk baterinya. Hehehe...

Kemudian bulan lepas, dia mula balik meragam sampailah ada sekali tu bila aku cucuk kabel nak cas, dia tak menyala pun. Cuak kuasa lapan! Waktu tu dekat pejabat, terus aku tanya kawan satu pejabat ni pasal kawan dia yang boleh baiki telefon sebab kalau hantar ke kedai, sahih dia hantar dekat tempat jauh punya dan lambat. Dah tahu lokasi si pembaiki, malam tu lepas maghrib terus aku pergi.

Sampai sana, aku terangkan la masalahnya dan dia pun cuba cucuk kabel dia. Pling! Menyala terus ko! Dia cakap, mungkin pengecas aku yang rosak dan dia pun mula la terangkan panjang lebar pasal bateri dan pengecas dan dia ada bagi tips jugak macam mana nak semak kadar 'kesihatan' bateri tapi aku dah lupa. Heeee....

Baliknya aku singgah Giant sebab tahu kat situ ada satu kedai Pakcik Sam. Tanya harga dia, mak aih, bapak mahal? Sebab aku kedekut, maka aku beli dekat Lazada, berkali ganda murahnya. Seminggu jugalah terbiar tak bercas sebab lama benor pulak tunggu Lazada pos charger aku ni.

Tapi tak lama pun dia okey sebab lepas tu dia mati balik tak hidup-hidup, memang sah ada sesuatu yang rosak ni. Terus aku bagi je dekat kawan opis ni minta tolong dia hantarkan untuk dibaiki. Kena tukar cip EMMC yang aku pun tak tahu pebenda. Hahaha... Ingatkan motherboard dia yang rosak tapi cuma cip je jadi murah sikitlah. Murah tak murah jugak sebab kena RM 260 jugak. Huwaaaa.... Kemain ko kan Note 8, mentang-mentag tuan ko dapat duit kutu, terus ko nak rosak. Lari sikit bajet bersuka ria membeli belah untuk raya. Eh?

Akhirnya, Note 8 pun terpaksa di format semula dan hilanglah semua benda dalam tu. SEMUA! Termasuk nombor-nombor telefon budak-budak yang aku kumpul dari intake 2013 tu. Sobsobsob... Gambar-gambar pun ada juga yang hilang tapi banyak jugalah yang sempat aku pindahkan dalam memory card. Game semua habis jadi kena download balik. Dia punya OS pun dah bukan Jellybean lagi tapi naik taraf jadi Kit Kat. Terus rasa macam guna barang baru pulak sebab nak kena godek-godek balik.

Dalam hati cakap, cip rosak sebab banyak sangat main game tapi tak tahulah sahih ke tak cuma hati kecilku inilah yang berbisik. Eceh! Jadi, insaf tak? Main game lagi tak? Awal-awal dulu tak main sangat tapi sekarang dah main balik. Hahahaha... Insaf kejap je. Ni aku rasa bateri pulak macam nak kena tukar sebab cepat nau dia mati walaupun penunjuk kata ada lagi 50%. Sebelum mula menabung untuk bateri, aku namakan Note 8 ni dengan nama...... errr, tak jumpa lagi nama yang best. Hehehe... Dah ada nama karang aku bagi tahu. Daaaa....

2 comments:

Nurzaliza Mohd Ali said...

Selalunya hp atau tab ni akan bertahan dlm 3 tahun macam tu.. Ok tuu.. Rosak sikit.. HEhehe...

farae al-farafisya said...

Kalau boleh, biarlah tahan sampai 13 tahun kak zaza sebab beli mahal...hehehe...semoga tab sy ni sentiasa ok sampai berusia 13 tahun...