Engagement Fund ;)

Thursday, 24 September 2015

Aidiladha 1436 Hijriah

Sambutan hari raya Aidiladha atau hari raya haji kali ni biasa-biasa aje. Masak-masak jugalah sebab Abah tanya nak masak apa untuk raya hari Isnin lepas. Kalau dah tanya, maknanya kena masak sebab Abah jarang menyuruh secara terus.

 Sup tulang, sambal kciap, sayur campur, rendang ayam, daun sup

Dalam pada malas, jadilah juga sup tulang, rendang ayam, sayur campur dan sambal kicap. Semua ni makan dengan nasi impit jelah sebab tak pandai anyam ketupat. Masak beria, makan berdua je pun siang tadi sebab Abang-abang semua kerja; yang sorang tu lagi jauh nun di Johor sana. Tak letak lagi gambar makanan dekat insta sebab biasanya upload gambar ni guna Yong. Yong takde, senyap sunyi insta dengan Fb.

Rendang ayam pedas tahap gaban sebab cili keringnya jenis pedas walaupun letak sikit je..kali ni tanpa daun limau purut sebab tak jumpa pokoknya...

Kobis campur kacang panjang dan jeroan

Raya korang macam mana? Ramai yang sambung cuti esok ni tapi aku tak mohon cuti pun sebab karang niat nak kerja tapi sebab dah mohon cuti, terus tak jadi kerja tapi sambung cuti macam raya puasa haritu. Hahaha... Sekianlah saja catatan pendek di hari raya aidiladha. Selamat menjalankan ibadah korban buat anda yang diberikan rezeki lebih tahun ini dan sama-samalah kita doakan para jemaah Malaysia yang sedang menunaikan haji agar sentiasa berada dibawah lindungan dan rahmat Allah selalu.

No comments: