Engagement Fund ;)

Wednesday, 23 September 2015

Baharui Lesen Memandu Anda Bila Sampai Masanya

Tajuk tak nak kalah, macam tajuk artikel dalam surat khabar. Hehehe... Sekarang tarikh tamat tempoh lesen memandu adalah mengikut tarikh hari lahir dengan rasional supaya orang ramai tidak lupa. Malangnya, ada juga yang terlupa iaitu yours truly. Hahahaha... Dasar pelupa bersiri betullah. Kejadian ni berlaku sebaik saja habis cuti raya makanya, ini adalah satu lagi cerita basi. Heeee...

Ingatkan aku tukar tahun lepas, rupanya tahun lagi satu dan tempohnya dua tahun je, jadi memang dah mati la. Teringat pasal lesen ni pun sebab borak-borak dengan Aten waktu pergi berbuka di Bangi haritu. Itupun tak teringat juga nak tengok sampailah hari raya ke berapa entah haritu baru kelebek dompet tengok lesen. Heeee.... Waktu lesen mati haritu, siap memandu sebab nak ukur jalan dari hujung ke hujung, selamba je. Siap ada sekali tu tempuh sekatan polis lagi. Mujurlah tak kena tahan ke apa, kalau tak pandai-pandailah ko.

Hari Rabu minggu kedua raya tak silap aku pergi buat lesen ni; pergi waktu rehat tengah hari. Bila sampai dekat JPJ, gembira je sebab tak ramai orang. Sekali bila masuk nak ambik nombor, pakcik jaga cakap kena datang balik pukul 2. Eh, dekat luar tu tulis kaunter beroperasi walaupun waktu rehat tengah hari tapi kenapa kena datang balik pukul 2? Aku pasrah jelah kena datang balik pukul 2.

Sementara nak tunggu pukul 2, ingat nak lepak KFC je makan sekali bila sampai sana penuh la pulak. Tak jadi nak lepak maka tapau je. Lepas tapau, terus ke JPJ balik. Nasib baik sampai awal sebab kalau lewat sikit je, memang kena berdiri sebab penuh dengan manusia sampai melimpah keluar.

Walaupun ramai orang, tapi urusannya tak lama. Bila nombor naik, terus ke kaunter dan hulur lesen. Nanti dia akan tengok lesen kita mati bila. Macam aku, disebabkan dah lewat maka kena buat untuk dua tahun terus sebagai denda. Fuhhh, lega! Ingatkan ada denda lain ke apa, rupanya kena buat dua tahun terus.

Tempoh minimum untuk baharui lesen adalah setahun dengan bayaran RM 30 tapi kalau dah lewat dari tarikh sepatutnya, kena buat dua tahun terus dengan bayaran RM 60. Kalau ada bajet, buatlah 5 tahun terus, senang hidup. Tapi pastikan buat reminder dekat telefon atau kalender PC sebab kebarangkalian untuk lupa lagi itu tinggi.

Dah hulur lesen, dia minta tengok IC jugak. Lepas tu, dia suruh ke satu bilik bertutup dekat hujung. Masuk dalam bilik tu dan bagi IC dan kena tunggu kejap dekat luar. Tak lama sangat la tunggu tapi kali ni kena berdiri sebab dah tak ada tempat. Bila nama dipanggil, masuk dalam bilik tu ambik lesen baru. Barulah merasa lesen baru yang macam IC tu sebab waktu aku buat lesen dua tahun sudah, masih lagi guna yang laminate. Selesai masalah.

No comments: