Engagement Fund ;)

Sunday, 20 September 2015

Bermalas-malasan

Hujung minggu pertama di bulan September yang dapat duduk di rumah sepenuhnya. Minggu lepas kena kerja hari Sabtu lepas tu hari Ahad sibuk kemas sebelum ke Taiping dari Isnin sampai Rabu. Minggu sebelumnya ke Sungkai untuk percutian pendek dengan Geng Makan. Dua-dua peristiwa ini akan diblogkan inshaAllah.

Bila dah dekat rumah, memang malas tahap gaban nak keluar rumah. Sama ada bergolek-golek dalam bilik atau tercongok depan tv ajelah. Bila nak keluar pun petang tapi petang-petang ni kena layan Running Man, dah tu macam mana? Tu yang tak keluar sudahnya. Hehehe...

Aten ajak daki Bukit Jugra pagi tadi tapi sebab tak sempat nak pergi buat pemeriksaan ECG lagi, macam tak berani la pulak. Kisahnya, lepas minum kopi segera dekat hotel di Taiping malam tu, terus jantung ni berdegup kuat sampai rasa dada bergetar. Memang ketara sejurus selepas meneguk kopi tu. Cuak hoi! Aku tak habiskan pun kopi tu sebab takut. Sejak dari tu, memang dada ni rasa berdebar-debar je terutama lepas makan.

Bila berterusan sampai hari Khamis, aku pun cuak. Terus WhatsApp Zimah tanya kenapa. Selama ni kalau nak tanya apape pasal keadaan kesihatan sebelum ke klinik, memang tanya dia dulu. Bila bagi tahu simptom, terus dia cakap, palpitation. Dia cakap pengambilan kafein yang berlebihan pun boleh jadi palpitation ni selain ada masalah jantung la atau penyakit lain. Dah namanya doktor, banyak la benda dia tanya dan akhirnya dia suruh aku buat ECG dan ambik darah untuk periksa tiroid. Dia cakap macam tu, tambah la takut. Ingat nak pergi hari Jumaat tapi tak sempat sebab kena siapkan kerja penting. Lagipun elok je hari Jumaat tu dah tak rasa berdebar-debar.

Hari ni tiba-tiba macam ada rasa lagi, jadi cuak balik. Tengok la esok kalau sempat, kena juga pergi buat pemeriksaan. Benda dekat dalam, mana nak tahu kan? Jadi hari ni keluar ke? Macam malas je, esok jelah selesaikan mana yang patut waktu rehat tengah hari. Selamat menghadapi minggu baru dan selamat menyambut aidiladha.

No comments: