Engagement Fund ;)

Saturday, 26 September 2015

Bila Geng Makan Angin Berbuka Bersama...

Ini rancangan berbuka dengan Geng Makan Angin merangkap Geng Tingkap merangkap Geng Bilik Prep. Tahun lepas dengan Geng Banting je maka tahun ni kita luaskan sikit kawasan. Asalnya nak buat di Residence Hotel tapi dia layan tak layan je kitorang ni? Pebenda wei ???! Sudahnya ke Bangi Golf Resort lah kami.

Mulanya memang dicadangkan BGR tapi bila baca review yang orang terlalu ramai, aku macam berat hati nak ke sana. Dah kalau tak nak orang ramai, buka dekat rumah jelah. Tapiiii, BGR tidak mengecewakan! Tentatif hari kejadian adalah banyak. Mula-mula ambik tempahan tart nenas terpaling sedap dulu. Lepas tu kengkonon nak shopping raya jadi kengkonon ke Bangi Sentral ke apa nama dia yang banyak butik online tu. Cari punya cari, rupanya dekat tempat selalu bertendang je pun. Pusing kemain jauh, sebelah Kompleks PKNS pun dekat Seksyen 9 tu.

Punyalah ramai manusia sampai nak masuk tu pun lama. Nak lagi sadis, dah banyak butik dah tutup sebab nak bersiap untuk buka puasa. Macam tak logik sebab patutnya hari minggu dia kena panjangkan sikitlah waktu operasi sebab ramai orang dari jauh datang tetiba sampai butik dah tutup, rugi.

Mujurlah ada butik yang masih beroperasi maka terjah butik-butik tu jelah. Bila orang ramai, macam tak ada mood sangat nak beria membelek dimana ia sebenarnya baik jugalah sebab kalau ada mood membelek, mau ada yang terbeli kang. Hehehe... Dapatlah beli dua helai selendang untuk baju raya. Selendang dari RinaSalleh untuk jubah dari Belloscarves dan selendang dari Jadora untuk baju kurung dari FleurByMrsHim. Selesai membeli, terus ke BGR untuk solat asar dan tunggu waktu berbuka.

Muka puas hati sebab dapat cari selendang yang masuk dengan warna baju raya...hehehe..

Nasib baik sampai awal sebab waktu nak masuk tu kena beratur panjang. Sebelum masuk kena daftar nama dan dia akan bagi pelan tempat duduk. Ambik ko, pelan terus sebab punyalah luas kawasan dia dan punyalah banyak bahagian tempat duduk dan gerai-gerai makanan. Puas hati!
Meja kami

"Ok Din, yang ni meja kita, dekat sini meja dessert, yang tu tempat nasi.." Agaknyalah kata si Aten sambil menerangkan pelan kedudukan gerai sebab dah tak ingat dah apa dorang borak...hahaha...

Macam-macam makanan ada sampai tak sempat dan tak larat nak makan semua. Ada masakan melayu, western, eastern, fusion dan lain-lain. Meh nak senaraikan makanan yang aku ingat. Kambing bakar, sate, roti john, butter prawn, creamy pasta, pasta bolognaise, lasagna, nasi ayam, nasi dan lauk-pauk, mee berkuah, mee goreng, kuih muih tradisional, churros, dan segala mak nenek pencuci mulut. Air pun berjenis-jenis dengan ABC nya, dengan aiskrim nya dan banyak lagilah.

Sesi mengaut makanan sebelum berbuka

Agendanya adalah berbuka dan beramah mesra. Meja kitorang dekat dewan asing yang jauh sikit dari tempat makanan tapi dekat dengan tempat air. Sangat strategik sebab depan pintu dan membelakangi water cooler. Senang nak keluar masuk dan memang cool! Hehehehe...Nah layan gambar jelah ye.

Pusingan pertama

Pinggan Tuan Tanah; creamy pasta, spaghetti bolognaise, blackpepper beef..semua ambik secoet-secoet je

Pencuci mulut pinggan pertama...semua pun sedap dan bite-sized cutting jadi takkan muak..bijak, bijak...

Pinggan kongsi; potato wedges, fried beehoon, stir fried veggies...all delicious!

Buttered prawn versi kejung sebab udang dia bukan udang yang besar-besar tu...kehabisan stok mungkin sebab sebelum tu udang besar dan selepas tu pun udang besar, kuasa pulak aku nak beratur semula..

Pinggan kongsi lagi; lasagna, daging-tak-ingat-masak-apa

Pinggan kongsi terakhir; churros dan yang lain tu memang banyak kali aku ambik sebab asal aku letak je orang lain cuit dan terus habiskan sebab sedap! hahaha...takpe, redha je pergi ambik yang baru, lagipun dah bayar kan?

Itulah dia antara makanan yang sempat diabadikan. Gambar gerai-gerai dia aku tak ambik sebab Arba takde bateri tak silap jadi ambik gambar ni semua pakai Yong; kuasa pulak aku nak angkut Yong, nak pegang pinggan lagi kan? Kesimpulannya, dengan bayaran sebanyak 55 hengget (rasanyalah sebab dah lupa), puas hati dengan pilihan makanan dan servis yang terbaik! Dari kitorang masuk ke dalam kawasan BGR, dah ada orang yang akan tunjuk arah nak parking di mana dan susunan parking sangat teratur sebab ramai yang jaga parking. Surau pun selesa. Cumanya, janganlah terlalu tamak sampai membazir. Biasanya kita memang akan ambil makanan awal kalau sampai awal dan dengan perut lapar, semua pun nak, macam yang tengah menaip ni la. Hahaha...

Cubaan memberi duit raya dekat Amsyar..semua pakat pakai sampul duit raya sama design sebab baru dapat dari 'pembekal'...hehehe..terima kasih daun keladi Ten ;)

Collage picture by Chik

Bukan mudah aku nak dukung bayi ni jadi kena letak dekat sini...hahaha..suka tengok budak tapi takut nak dukung...heee

Jumpa lagi tahun depan korang...

Konon ambik untuk ahli meja sekalinya ahli meja tangki kecik. Radin memang tak boleh ikut makan buffet lepas ni sebab dia makan sepinggan je. Chik ok, lulus sebab walaupun dia pangku Amsyar, tangan lagi sebelah tetap bergerak menyudu makanan. Aten pun ok sebab dia telan je apa yang aku kaut. Mada lagi terbaik sebab selain makan, dia juga prihatin dengan lebihan makanan atas meja sampai tolong bungkuskan masuk dalam beg tangan. Hahahaha... Dah terlebih ambik lepas tu tak mampu nak makan, sayang kalau biarkan je. Baik bungkus dan makan dekat rumah kan? Bila tengok meja lain yang banyak sangat makanan tak terusik langsung, rasa macam nak pergi dekat situ dan ambik bungkus sekali. Sayangnya... Kalau ke buffet, jangan tamak tau korang, ambik sikit-sikit supaya tak membazir. Sekian...

No comments: