Engagement Fund ;)

Monday, 28 September 2015

Cerita Beraya Aidilfitri

Raya Aidiadha baru habis tapi entri ni cerita raya Aidilfitri haritu. Macam biasa bila masih berhari raya sebagai orang bujang, kenalah ikut raya Abah. Waktu Nenek masih sihat dan duduk di rumah sendiri, merasalah juga keluar rumah hari raya pertama tu sebab pergi rumah Nenek. Bila Nenek dah duduk sekali, memang duduk rumah ajelah jadi Tuan Rumah tunggu orang datang ziarah. Sebenarnya dari dulu lagi memang macam ni sebab memang duduk dekat rumah pusaka, jadi memang rumah akan jadi tumpuan sepupu sepapat dan makcik-makcik yang duduk jauh.

Pendek kata, baju raya yang beli bersungguh tu memang tak sarung langsung sepanjang raya. Bila dah naik kerja, barulah merasa pakai baju raya. Hahaha... Memang lepas geram betul sebab sepanjang minggu pakai baju yang bukan baju biasa pakai ke pejabat. Sama ada baju raya baru atau baju raya tahun lepas.

Masuk pejabat hari Selasa, orang tak ramai lagi dan tengah hari tu dapat jemputan ke rumah Kak Is, bekas kerani di pejabat yang dah berpencen. Seronok wei dapat beraya. Kesian, orang lain dah beraya di rumah yang ke-77 aku baru nak beraya rumah pertama? Hahaha... Duduk je kena bergambar dengan ahli rombongan sebelum mula makan.




Kerjanya makan dan makan dan bergambar dan makan lagi. Cantik sangat rumah Kak Is ni dan ada banyak kuih raya. Eh?? Sampai-sampai je terus dijemput ke meja makan untuk makan tengah hari. Macam-macam ada! Nasi putih, sambal udang besar, laksa, nasi impit, rendang dan banyak lagi la. Semangat aku makan. Orang dah masak, kena makan.
Penuh dari hujung ke hujung

Cukup serba serbi bahan laksa

Dah siap makan, diorang nak ajak balik dah sebab waktu rehat dah nak habis. Tapi sebab ini rumah pertama aku beraya, mana boleh kalau tak makan kuih raya kan? Maka berpindah ke meja kuih raya pulak. Sebagai seorang penggemar kuih raya, wajiblah aku makan semua yang ada. Dah rasa semua kuih raya, dah bergambar semua, jomlah kembali ke pangkal jalan. Terima kasih Kak Is atas jemputannya dan juga duit raya. Huiyo, dapat duit raya! Hahaha...
Perhentian terakhir sebelum pulang, meja kuih raya..hehehe..

Dan yang terakhir, satu-satunya duit raya untuk tahun ni...

No comments: