Engagement Fund ;)

Tuesday, 1 September 2015

Ke Klinik Akhirnya

Bila rasa begitu seksa nak telan air liur pagi tadi, terpaksa jugalah ke klinik pada waktu rehat tengahari sebab memikirkan dah melarat sampai minggu ketiga sakit tekak ni ha.

Selesema dah baik, batuk pun tinggal manja-manja, sakit tekak yang tak hilang-hilang. Risau juga. Memikirkan ada kelas sampai malam, lagilah kena paksa pergi klinik.

Kalau tak silap perkiraan, ini kali keempat aku ke klinik yang boleh dikatakan best jugalah berbanding klinik lain dalam tahun ini. Allah nak uji dengan penyakit tahun ni, alhamdulillah.

Masuk je dalam bilik rawatan, macam biasalah soalan dari doktor, "Sakit apa?" Pung pang pung pang aku cerita kisah sakit tekak ni dari 2 minggu sudah. Bila doktor tanya, makan ubat apape tak untuk selesema dan batuk, selamba je aku jawab "Tak!" Malas nak bergantung pada ubat, maka aku berpegang bahawa paling lama nak dahsyat satu-satu penyakit adalah dua minggu. Lepas dari tu kalau tak baik juga, pergilah jumpa doktor.

Bukanlah tak usaha apa-apa langsung, cuma minum limau nipis ditambah madu je untuk melegakan tekak. Yang penting, rehat kena lebih sebab selesema ni dengar cerita tak ada ubat pun. Kena tunggu dia baik sendiri. Dah buat eksperimen, nak cepat baik, kena rehat cukup-cukup.

Hasil pemeriksaan, tonsil bengkak. Macam pertama kali je tonsil bengkak? Jakun kejap tadi bila dengar kena kat diri sendiri sebab selalu dengar dari orang je. Hehehe... Okeylah doktor tadi periksa, takdelah tanya soalan je. Nasihat biasa, banyakkan minum air masak, elakkan makanan berminyak dan pedas. Kalau tak okey juga lepas ubat habis, datang semula. Baik doktor! Nah 35 hengget untuk pemeriksaan dan ubat-ubatan di bawah. Ubat kumur tu tak sedap!

No comments: