Engagement Fund ;)

Friday, 25 September 2015

Kerana Semangkuk Bibimbap

Ini kesinambungan entri sushi dan donat. Usai makan sushi, kami ke masjid dulu nak solat zohor. Ingat-ingat lupa pulak kenapa solat zohor dekat Masjid Besi. Dari Balakong ke Putrajaya ke IOI Mall. Jauh kan pusing?

Sampai IOI jenuh gak cari parking sebelum dapat satu lepas pusing 18 beberapa kali. Masuk IOI je terus cari Dubu-dubu yang rupanya dah tukar nama jadi Dubuyo. Mungkin sebab dah lepas waktu makan, maka banyaklah meja kosong dan boleh pilih tempat idaman hati.
teman jenayah

tuan tanah

Dapat menu, terus tamak semua nak sebab tetiba hilang ingatan bahawa saiz hidangan semangkuk bibimbap adalah BESAR. Dah pilih punya pilih, teruslah menjakun dengan kamera. Bila sampai makanan, aku tengok Aten, Aten tengok aku. Hahaha... Tamak lagi. ambik ko! Sebelum makan, ambik gambar dulu.

beef bibimbap with the banchan

pajeon

toppoki

Komen juri, bibimbap dia sedap! Bibimbap ni diukur kesedapannya berdasarkan gochujang nya. Tapi sayur-sayur dalam bibimbap biasa je sebab dia ada letak sekali sayur yang dihidang untuk banchan. Banchan dia ada 3 jenis dan kimchi adalah yang wajib dan kimchi dia sedap hoi sampai aku mintak tambah. Bila ditambah, banyak pulak dia bagi sampai tak boleh nak habis dek kerana rasa pedas pijar yang dah melekat dalam mulut dan tak mampu nak makan lagi kimchi tu. Tapi kimchi dia memang sedap.

Selepas digaul

Kimchi daebak!
licin!

mug air kosong yang bertulisan daebak dan sedapnya!

Toppoki dia biasa je, pajeon dia pun biasa. Setakat ni tetap toppoki dan pajeon Sweetree yang tersedap! Kalau mengidam bibimbap, boleh ke Dubuyo tapi kalau mengidam pajeon sila ke Sweetree. Entri ini disudahi dengan resit makanan pada hari tersebut. Sekian.


No comments: