Engagement Fund ;)

Thursday, 10 September 2015

Menebus Kupon Hari Jadi

Kembali bersiaran selepas sembuh dari sakit tekak yang paling teruk dan paling lama dalam sejarah. Lepas ke klinik tu alhamdulillah tekak jadi lega secara beransur-ansur. Entri bulan September disambung semula dengan cerita bulan empat. Kejadian ni selepas aku menghadiri kenduri kahwin bos di Shah Alam. Macam biasa, bila dah keluar memang takkan ke tempat tujuan semata-mata; mesti melencong pergi tempat-tempat lain jugak. Hehehe...

Lepas dari majlis, mintak Aten ke Jusco Bukit Tinggi sebab nak beli toner tak silap. Cerita pasal toner boleh tekan label Clinique. Selesai melabur di kaunter bayaran, terus cari tempat nak ngeteh sambil menebus kupon sambutan hari lahir. Hari lahirnya jatuh pada bulan November tapi lima bulan kemudian baru sambut. Pun bolehlah... Nak tempat yang tak ramai orang tapi banyak pilihan makanan dan ada kek, ke Vivolah kami. Seterusnya layan gambar jelah...

Kek pilihan - kek mangga bla bla bla...tak ingat nama dah..hahaha

Kek, kupon dan minuman

Kek dan kupon

Yang diraikan

Panini bla bla bla kepunyaan yang diraikan...makanan wajib makan kalau datang Vivo sebab sedap..dia cakap la, aku tak pernah makan lagi panini Vivo

Teman Jenayah yang dah sambung kontrak merayap lagi 2 tahun

Haku punya, pizza bla bla bla...sedap weeeiii! 

Sekianlah saja cerita makan-makan lepas makan. Kalau nakkan kelainan, boleh cuba ke Vivo sebab ada banyak pilihan makanan, makanan tak kedekut dan ikhlas, dan harganya berpatutan. Maksud tak kedekut dan ikhlas tu adalah rupa makanan sama macam dalam gambar dan dia punya haiwan dalam sajian adalah banyak. 

No comments: