Engagement Fund ;)

Monday, 28 September 2015

Sambutan Raya di Pejabat

Entri raya lagi sempena raya haji. Hehehe.. Kali ni sambutan di pejabat pulak dan macam biasa, setiap unit kena buka gerai. Konsep sambutan adalah gerai dengan pelbagai jenis juadah disamping menu utama yang disediakan. Tahun lepas bergabung antara unit-unit tapi tahun ni bergabung unit dengan bengkel. Bengkel ni bukan bengkel kereta tapi macam fakulti la cuma dekat sini panggil bengkel.

Unit aku bergabung dengan Multimedia tapi macam tak sekepala sangat sebab masing-masing fikir sendiri nak hidangkan apa. Orang lain awal-awal dah ada menu, kitorang ni dua hari sebelum kejadian pun menu tak tetap lagi. Pasrah... Lepas beberapa kali bertukar, akhirnya nak tetap pendirian nak buat rojak buah sebab gerai lain dah book dulu menu-menu yang best dan senang nak buat. Multimedia pulak buat dadih.

Tugas ni pun dibahagikan kepada beberapa orang je pun. Mujurlah ada yang sanggup nak buat kuah rojak, kalau ikut aku, kita beli jelah kuah rojak mak bee. Hahaha... Kuah rojak kitorang pun ada bunyi bee jugak sebab yang buatnya adalah Kak Bie. Jadilah rojak buah dengan kuah rojak Kak Bie. Hehehehe...

Mencabar juga nak sediakan buah-buahannya. Bos aku cakap kita potong je dekat pejabat pagi tu tapi aku fikir, kuasa pulak nak potong buah banyak-banyak dengan baju cantik. Maka lepas gelabah cari nenas pada malam sebelum hari kejadian, aku terus je potong -potong nenas malam tu jugak. Walaupun tak banyak, bercinta nak buang mata dia tu. Sejam jugalah mengerjakan 3 biji nenas. Sengkuang dengan timun aku potong esok paginya. Itupun kelam kabut gila sampai tak sempat nak lilit selendang. Sudahnya aku sarung je tudung basahan dan angkut selendang dan mekap di pejabat aje. nak kejarkan punch card punya pasal sampai terlupa nak bawa stokin. Pasrah jelah tak pakai stokin pada hari kejadian.

Sampai pejabat, letak buah-buahan atas meja dulu dan pergi lilit selendang dan mekap dalam surau. Dah selesai, baru ke dewan tengok keadaan. Gerai kitorang belah mana pun aku tak tahu sebab memang tak sempat nak buat lawatan tapak waktu diorang siapkan dewan tu. Tolong jugalah potongkan lagi buah-buahan yang tak dipotong lagi tu. Kesimpulannya, sampai hari esoknya tangan aku bergetah buah-buahan dek kerana lama sangat bergelumang dengan sengkuang, timun dan belimbing. Siap potong, baru serah dekat budak-budak untuk dihidangkan kepada pelanggan.

Antara makanan yang sempat dimakan dari gerai-gerai berbeza

Meja paling banyak makan...hahahaha..
Persembahan dari Cadd Mekanikal

Persembahan dari Cadd Senibina

Sketsa raya dari Rangkaian

Tarian dari pelajar-pelajar India


Nasib baik jugalah bergabung dengan bengkel, bolehlah suruh budak-budak yang uruskan untuk menghidang sementara para pengajarnya duduk menikmati makanan dari gerai-gerai lain sambil menghayati persembahan yang disediakan. Hehehe... Kerja pada hari tersebut adalah makan, makan, makan, dan makan. Selesai makan, ada acara bergambar pulak. Bergambarlah sampai muntah sebelum nak mengemas pulak. Alhamdulillah makanan yang dihidangkan semuanya habis dan itulah saja cerita untuk sambutan hari raya. Sekian, entri diakhiri dengan lagi banyak gambar pada hari kejadian.

Gerai Bahagian Pentadbiran

Rangkaian dan Bppa

Mekatronik dan Cadd Mekanikal

Bppl dan Cadd Senibina

Gerai Bkkl dan Multimedia

Kakitangan

Kakitangan bahagian Pentadbiran dan Unit-unit

No comments: