Engagement Fund ;)

Friday, 18 September 2015

Sushi dan Donat

Nasiblah ye dua tiga menjak ni gambar makanan je dalam ni. Hehehehe... Belek-belek gambar dalam fail, nampak gambar sushi dengan donat ni jadi tepeklah dekat sini. Ini berlaku pada hari aku ambil tart nenas terpaling sedap kali pertama dulu. Sejak Mrs. Kanc tak boleh jalan jauh, memang takdelah aku tiba-tiba sesat sampai Aeon Bukit Tinggi jadi memang memendam rasa je nak makan sushi. Bila dapat keluar dengan partner in crime, dari sarapan sampai makan malam, semuanya dekat luar.



Sushi ni kira sarapan la sebab aku memang tak makan apape dari rumah sebab kalau nak keluar merayap memang tak lalu sangat nak makan. Sedapnya lahai sushi ni bila dah lama tak makan. Konon nak kongsi dengan Aten sekali dia cuma makan beberapa jenis je maka selebihnya tu terpaksalah aku yang makan. Bukan sushi aje, siap ada Aunti Anne's, pe cer? Heee...

Dapnya donat Krispy Kreme ni..

Makan tengah hari aku buat entri lain sebab panjang. Terus ke minum petang walaupun perut masih kenyang tahap Power Rangers. Orang tamak, memang macam tu. Kengkonon nak ngopi je tapi bila dah pergi kedai jual donat, takkan nak pandang je donat sebelah kaunter tu? Alang-alang kan, pesan set yang ada kopi dan dua ketul donat. Makan seketul je pun sebab memang kenyang lagi jadi lagi seketul tu tapau. Sekali-sekala bolehlah nak makan macam raja, hari-hari kalu, sendiri mau ingat.

No comments: