Engagement Fund ;)

Saturday, 12 September 2015

Tempat Lepak dan Makan Best!

Dah lama dah nak tulis tentang ini. Gambar pun dah kumpul lama sampai tak tahu letak mana-mana entah. Maka selepas berkurun lamanya, hari ni baru sempat tulis. Nak kongsi satu tempat lepak yang aman damai dan best dekat Banting ni. Tempat selesa, harga berpatutan dan paling penting makanan dia sedap dan berkualiti. Nah layan gambar makanan yang pernah dimakan oleh Tuan Tanah.

Kudap-kudap - potato wedges + sotong goreng tepung sedap!

Chicken chop fried rice

Salmon with pasta

Tomyam fried rice

Fettucini bolognaise 

Menu baru mereka

Lychee lime juice tu sedap

Lamb fried rice

Cantonese ying yong kureng sikit, sedap lagi SAHA

Fish n chip

Makanan di atas bukanlah dimakan sekaligus tapi pada hari-hari yang berlainan. Banyak lagi menu yang telah dicuba tapi ada masanya malas nak ambik gambar jadi inilah saja yang ada setakat ni. Agak-agak stress buat kerja, tengah hari aku dan Geng Makan datang la sini makan santai-santai. Ada sekali tu ajak Hani ngeteh sebelum dia ke Sabah. Sebab malas nak bersesak dekat SAHA, maka ke sinilah kami. Malam tu ada aku, Hani dan Aten. Aku dengan Aten dah biasa datang sini, bila tanya Hani macam mana jumpa tempat ni, dia pun jawab; "Pakai Waze." Hahahaha... Okeylah, dimaafkan sebab dia bermastautin di KL walaupun namanya orang Banting. Restoran ini beroperasi dari hari Isnin hingga Sabtu ye. Kot-kot tersesat datang Banting, bolehlah singgah.

Diakhiri dengan gambar pada hari kejadian..terima kasih Dr. Hani sebab belanja kami pada hari tersebut..selamat maju jaya di tempat baru dan jangan lupa tebus kupon hari jadi kalau balik Semenanjung..

No comments: