Engagement Fund ;)

Thursday, 17 September 2015

Beli Ikan Pulak

Banyak sangat benda nak karang ni tapi macam biasa, belum sempat nak mengadap laptop. Ini kejadian minggu lepas dimana tiba-tiba teringin nak beli bahan basah sebab dah lama sangat tak membeli. Sebelum ni Abah je yang beli ikan jadi aku pun tak adalah beli sebab karang banyak sangat, siapa nak makan? Tapi ikan Abah semua ikan mahal macam ikan tenggiri atau ikan parang sebab Nenek tak makan sangat kalau ikan lain. Jadi memang jarang dah makan ikan biasa-biasa ni.

Minggu lepas saja pergi ke Banting Baru cari ikan sebab dekat situ ada banyak jugalah pilihan dan paling penting dia boleh tolong siangkan. Bagus! Bukan tak nak siang sendiri tapi bila sampai rumah dah lewat dan ngam soi je sampai waktu cerita cina dekat AEC dah mula, takkan nak siang ikan depan tv pulak? Alasan! Cakap jelah malas Farah oi sebab selama ni kalau nak beli ikan, ko memang cari tempat yang siap siangkan kan? Hahahaha... Eh, dah ada yang mudah buat apa nak susahkan diri?

Sampai rumah lambakkan dalam sinki dulu sebelum disimpan dalam bekas

Dah siap cuci, masukkan dalam bekas ikut jenis; kerisi, bawal hitam dan sardin

Dulu-dulu selalu ikut Abah pergi beli ikan jadi tahu jugalah nama-nama ikan tapi bila dah lama tak ikut, maka ada juga ikan-ikan yang tak dikenali. Kalau setakat ikan-ikan di atas, memang kenal rapat selain pari, tongkol, dan keli. Tapi ikan kembung dengan selar kuning kadang-kadang tertukar jugak. Hehehe... Apa pun, kalau tak kenal ikan, jangan main kaut je ok? Sila tanya pada penjual sebab kang kalau salah beli, siapa nak makan?

No comments: