Engagement Fund ;)

Monday, 21 September 2015

Tup tup habis?

Terasa macam banyaknya berbelanja bulan ni. Dengan si Yong yang meragam balik, stress dibuatnya. Oh, dah buat keputusan nak namakan Note 8 tu Yong. Kenapa Yong? Nanti cerita. Hujung minggu lalu, berkesudahan di rumah saja maka tengah hari tadi pulun buat semua benda tertunggak. Sebab malas nak basah ketiak, aku tuju ke satu tempat yang boleh selesaikan semuanya iaitu The Store. Mula-mula naik tingkat atas sebab nak cari fail baru untuk nota-nota silibus baru. Bukan tak boleh ambil dekat stor tapi fail dari stor tu boleh mencederakan, jadi tak ada hati pun nak minta. Sakit woi bila terhiris! Boleh sampai berdarah.

Selesai beli fail, termelencong kejap dekat bahagian baju. Daaahh, ternampak pulak blouse denim yang cun dan mampu milik harganya. Disebabkan sejak bela Taejang ni aku memang berkira bab nak memboros, maka terus turun tapi teringat sampai sekarang, cemana? Heee.... Sampai bawah, cari charger baru untuk Yong sebab katanya charger yang bermasalah.

Tapinya bukan charger original Samsung dia bagi tapi cap apa entah. Aku yang memang berkira bab original ni tak tahulah cemana boleh terbeli charger tu. Tapi sebab bila dia cucuk dekat Yong dia menyala, aku beli jugak walaupun hati berbelah bahagi. Cuma waktu tulis resit tu dia cakap kalau tak okey, boleh hantar balik dan aku menambah; "Money back guarantee?" dan dia iyakan, maka aku angkut jugalah. Doakan ianya jaminan wang dikembalikan sebab nak pulangkan balik esok. Tapi bila sampai pejabat, tak jalan pun. Sudahnya aku bagi balik Yong dekat kawan ofis tu untuk dibaiki semula apape yang patut. Punya kecewa sampai cakap kat dia, kalau perlu tukar bateri ke, tukar jelah. Beratus jugaklah kalau nak ganti bateri tu. Sobsobsob...

Alang-alang dah sampai dekat situ, aku tanyalah ada jual lagi ke casing Galaxy Ace? Jawapan dia tu memang kecik hatilah dengar sebab dia kata; "Haiya, tak ada dah. You angkat itu A8 la." Amboi, celah mana pulak nak korek duit? Bocor la tabung Osaka kalau beli A8 tu. Aku ni jenis kalau pakai telefon tu biar sampai tak boleh nak hidup sebab satu, kos kalau nak membeli. Keduanya, sebelum beli kena buat kajian bagai-bagai tu. Leceh! Alhamdulillah Arba ni bertahan sampai sekarang dari tahun 2011. Waktu beli memang keluarga Ace ni gempak jugalah tapi sekarang orang tak pandang pun. Yang penting, dia bertahan sampai sekarang sebab tu nama dia Ace. Tak tahu makna Ace, boleh buka kamus Cambridge sekarang.

Habis urusan di The Store, terus ke kedai komputer di bangunan belakang sebab nak beli cooling pad untuk laptop dan tanya sekali boleh ke kalau nak baiki laptop yang patah tu. Dia suruh bawa dulu tengok cemana baru boleh tahu. Kemudian la kot sebab beli itu beli ini, habis dah 200 hengget yang cucuk hari Jumaat haritu. Duit macam air!

Lokasi akhir adalah ke Shell sebab nak tebus mata Bonuslink sementara ada penurunan mata untuk produk dari Shell. Cerita penebusan ni aku buat entri lain sebab aku tercari-cari juga cara nak menebus secara langsung ni tapi tak banyak maklumatnya. Kalau tebus dari laman web dia senang sebab dia terangkan langkah demi langkah. Ngam soi dia bagi barang, waktu rehat pun dah sampai ke penghujung; moh la balik pejabat. Gitulah cerita hari Isnin Cik Fara yang tak termasuk cerita waktu tuisyen tadi.

Kesimpulannya, jadi cikgu ni tak sahlah kalau tak membebel sampai dah rasa macam tuanya lahai aku ni dok membebel tak habis-habis. Sekarang dah fahamlah kenapa cikgu-cikgu aku dulu takde hal kalau nak membebel sampai separuh waktu kelas tu pun. Sebab tulah mana-mana budak yang nakal ni, aku nasihat je terus tak payah letak cikgu sebagai cita-cita sebab what goes around comes around. Hahahahaha... Nasib baik tak jadi warden sebab kalau jadi warden, sahih jumpa orang menyorok bawah katil sebab tak nak pergi program. Aik, macam pernah buat je? Kahkahkahkah...

No comments: