Engagement Fund ;)

Thursday, 1 October 2015

Beli Yang Mahal Juga Akhirnya

Disebabkan bedak kompak yang dibeli di Korea tahun lepas dah habis, terpaksa juga beli bedak baru jenama lain tapi buatan Korea cuma dibeli di Malaysia. Disebabkan dah lama sangat tak beli bedak kompak jenama terkenal, maka tak tahu nak pilih yang mana satu sampai beberapa kali pergi Watson tapi tak beli jugak sampai bila nak beli, warna yang dikehendaki dah habis. Padan muka! Akhirnya beli bedak ni kemain jauh dekat IOI Mall sana.

Mula-mula nak beli yang biasa-biasa asal namanya bedak, sekali ada pulak jurujual SimplySiti dekat situ. Bila ada yang tukang promosi, teruslah terpengaruh apa yang diperkatakan tu. Terus ambik yang mahal, kurang lebih harga Skin Food dekat Lazada. Baik aku beli kat Lazada je kan? Tapi harga Lazada tak termasuk kos pos. Eh, tapi baru ni beli charger tak ada kos pos pulak? Nak kena cuba beli bedak pula, ke apa ni? Ok, melalut.
Eksklusif bekas dia

Disebabkan nama dia adalah 2 Way Cake, maka cara nak pakai pun ada dua. Cara yang betul nak pakai adalah seperti di sini. Bila tak letak air, dia macam bercapuk. Bercapuk adalah bertompok-tompok atau tidak sekata dan perkataan ni aku belajar waktu tingkatan 1. Tapi kalau bangun lewat dan tak sempat bersiap dekat rumah, dah tak ada dah nak tepek mekap. Calit BB Cream je. Cuma kalau ada kelas jelah rajin sikit pakai mekap sebab karang budak-budak ni tengok pehal muka cikgu aku ni macam tak siap je? Nak tengok muka tak siap, tunggu hari Jumaat, nak pakai gincu pun dah malas.

Versi terbuka

Jadi, okey ke bedak SS ni? Disebabkan dah terbiasa dengan Skin Food dan baru je pakai La Collection D'Or ni, aku suka lagi Skin Food sebab dia lagi ringan. Tapi lama-lama layan jugak la Simplysiti ni sebab bila tepek dekat muka, terus muka nampak flawless. Nampak je la, hakikatnya hanya dia yang tahu. Hahaha... Waktu ragu-ragu nak pilih warna yang mana satu, promoter tu pun tanya; "Akak biasa mekap tak? Ada pakai blusher?" Aku pun jawablah; "Kalau pergi kerja, memang mekap." Lantas dia mengesyorkan untuk pilih warna terang yang namanya light beige sebab bila letak benda lain dekat muka, akan nampak menyerlah. Begitulah katanya. Entri diakhiri dengan selfie muka tak siap dan muka dah siap. Sekian...

No comments: