Engagement Fund ;)

Wednesday, 14 October 2015

Dah Sihat, Sila Kembali Bekerja

Kembali bersiaran selepas entri terakhir mengenai chicken pox. Alhamdulillah dah sembuh cuma tinggal nak hilangkan bekas-bekasnya jelah. Keseluruhannya, dapat cuti sakit selama 8 hari dengan 2 kali lawatan ke hospital. Sengaja pergi hospital sebab tak pernah guna rawatan percuma hospital kerajaan. Abang aku lagi poyo cakap apasal tak pergi masuk wad je guna insurans? Hahaha... Ada juga terfikir tapi chicken pox je kot? Tak payah poyo sangat. Tapi memang tak payah antibiotik ye kalau kena chicken pox? Tetiba terfikir pulak kenapa doktor tak bagi antibiotik sebab kalau demam selalu dapat antibiotik.

Hari Ahad sebelum masuk kerja tu mesej dulu Hani tanya dah boleh masuk kerja atau kena sambung kuarantin sebab kebanyakan pox dekat badan, tangan dan kaki baru je nak kering. Kalau dia kata tak boleh, aku pergi klinik Kuben je sambung MC tapi dia kata dah boleh dah maka terpaksa setkan minda untuk kembali bekerja selepas cuti lama. Hahaha...

Orang cakap, chicken pox ni keluar serentak tapi macam aku dia keluar secara runcit. Mula-mula keluar dekat muka dan kepala. Waktu keluar dekat kepala tu aku tak syak lagi chicken pox tapi pelik jugalah sebab apsal banyak sangat 'jerawat' dekat kepala ni? Yang dekat muka pulak, aku tak perasan dah terpecahkan satu gelembung. Ingatkan jerawat la jugak sebab kadang jerawat naik pun gatal juga dan berair. Esoknya tu yang baru terfikir pasal chicken pox. Lepas keluar dekat muka dan kepala, sikit-sikit dia muncul dekat leher, badan dan diikuti dengan lengan dan tapak tangan. Lepas tu barulah yang dekat bahagian kaki muncul.

Hari Isnin minggu ni gigihlah datang kerja dan dari turun kereta sampai thumbprint sampai masuk pejabat, semua yang berselisih tanya; "Dah okey?" atau "Dah baik ke?" Lepas tu ramai juga cakap; "Tak ada kesan chicken pox pun?" Hahaha... Sebabnya bekas-bekas yang dekat muka dah banyak yang tanggal maka memang tak nampak sangat kesannya tapi kalau aku tunjuk yang dekat lengan dengan badan, baru diorang terkejut kot.

Orang cakap waktu pox nak kering ni senang berjangkit tapi doktor cakap itu semua mengarut! Chicken pox adalah mudah berjangkit sewaktu pox tu masih berair. Makna kata, masa ada gelembung air tu kalau nak rasa chicken pox, mintak izin dengan tuan badan untuk pecahkan satu untuk dapat virusnya. Kalau orang tu bagi la, kalau aku, aku tak bagi. Hahaha... Sakit woi!

Sekarang ni cuma tunggu nak hilangkan bekas-bekas tu jelah dan aku sapu lagi calamine lotion botol yang ketiga. Mujurlah pegawai farmasi tu baik hati bagi dua botol bila aku cakap tak cukup sebab doktor cuma tulis sebotol je, rupanya memang tak cukup pun. Tapi bekas-bekas yang dah betul-betul kering tu aku sapu Herbal Blend Shaklee untuk gugurkan dia. Waktu ni pun dia punya gatal tu boleh tahan juga cuma orang cakap jangan garu nanti berparut tapi masalahnya kadang tu tak tahan sampai tergaru jugak. Waktu celik bolehlah tahan daripada menggaru, waktu tidur mana nak sedar kalau tergaru? Pasrah jelah..

Akhir kata, kalau kena chicken pox, banyakkan makan atau minum benda yang banyak kandungan vitamin C. Rasionalnya? Tak pasti tapi bila aku buat, memang cepat kecutlah gelembung-gelembung tu. Tak jumpa buah maka aku belasah minum jus jambu merah jenama Go Fresh dengan air kotak Ve Good kot yang ada purple carrot. Sekarang ni nak telan Ephyra siang malam sampai bersih satu badan. Itupun kalau rajin nak bancuh, kalau tak minum sekali sehari jelah jugak macam biasa. Hehehe... Sekian, cerita chicken pox saya.

No comments: