Engagement Fund ;)

Wednesday, 14 October 2015

Jerebu Tapi Gigih Beraya

Okey, yang ini cerita peram juga tapi kejadian pada hari Sabtu waktu raya haji; kira cerita baru jugalah. Hehehe... Kengkonon beraya rumah makcik dekat Shah Alam bersekali menziarah Nenek yang masih lagi perlu buat rawatan susulan selepas pembedahan mata. Dekat Banting cuaca cantik dan nyaman tapi bila sampai Jalan Kebun dah mula tak nampak sampailah ke Shah Alam. Memang tebal betul jerebu pada hari tersebut.
Pemandangan dari depan rumah makcikku, kelam aje Masjid Negeri tu dek kerana jerebu..

Gambar beraya takde tapi gambar makanan ada. Hahaha... Segan nak ambik gambar poyo-poyo, makanan takpe. Lepas solat dekat Surau Al-Ittihadiyah yang dah cantik tu, terus ke Mahnaz sebab alang-alang dah sampai Shah Alam. Selesai membeli belah, barulah singgah ngeteh kononnya. Moh la ke Sate Kajang Hj. Samuri cawangan Bukit Tinggi.
Selfie sekeping dekat tempat telekung yang telah dipisahkan dari ruang solat di Surau Al-Ittihadiyah

Pertama kali datang sini dan tempat dia serius besar! Pekerjanya semua ramah dan murah senyuman dan servis cepat. Itupun penting juga selain makanan yang sedap. Dekat sini tempat dia kira selesa sebab kalau beli bungkus, kita boleh duduk dekat kerusi khas untuk yang beli bungkus dengan selesa tanpa rasa segan sebab yang duduk situ pun semua nak bungkus. Nah layan gambar jelah ye.

Waktu buat pesanan dekat kaunter, dia akan terus bagi kuah dengan nasi impit dan air..nasi impit tu pakej asing ye, tak termasuk dalam pakej sate..boleh pilih nak yang besar atau kecil..kalau nak bawang kena cakap sebab kalau tak dia bagi timun je..

3 jenis sate berbeza; ayam, daging, ikan..semua sedap!

Pemandangan di kaunter

Habis makan, lajak sikit ke depan beli Tutti Frutti sebab dah lama gila tak makan frozen yogurt ni. Lagipun alang-alang kedainya dah dekat, sekali jalan jelah. Sedapnya lahai sampai tak puas makan sebab kongsi tiga orang. Kena pergi lagi ni ambik sorang satu bekas, barulah puas makan.

Sedapnya lahai...

No comments: