Engagement Fund ;)

Friday, 16 October 2015

Kisah Kopi

Kebelakangan ni rasa dah tak boleh nak terima sangat kopi biasa buatan Malaysia sebab kebanyakan serbuk kopi jenama tempatan yang ada dekat pasaran tu dihasilkan dengan campuran gula dan marjerin. Tiba-tiba lidah ni sensitif pulak sebab boleh rasa marjerin waktu minum kopi dan itu adalah tak sedap! Tak tahu dah nak beli kopi cap apa sebab semua pun rasa marjerin.

Makanya lepas kerja hari Selasa, gigih pergi Giant sebab dekat pasaraya besar macam ni jelah pun kalau nak jumpa benda yang pelik sikit. Sebenarnya dah perhati lama jenama kopi ni tapi sebab kedekut maka tak terbeli-beli sampailah sekarang. Hahaha...


Untuk percubaan kali pertama, aku ambik yang label Morning sebab biasanya memang minum waktu sarapan pun. Ada label lain macam Mocha, Espresso, All Day dan beberapa lagi. Bezanya adalah berdasarkan jadual dekat bawah ni.


Waktu angkat bungkusan kopi ni dari rak, bau dia harum sangat! Macam bau kopi bila masuk dalam HugaHaus. Eh? Hehehe... Sebab tak sabar nak rasa, maka lepas je makan malam tu, terus bancuh secawan dan macam biasa, tanpa gula. Bau dia lepas tuang air panas terus menusuk ke hidung, wangiii. Bila minum, pergh, pejam-pejam mata sebab memang rasa kopi je, tak ada rasa marjerin.

Jadi kepada peminat kopi, bolehlah cuba kopi jenama ni. Lepas ni nak cuba beli online pulak dekat 11street. Ikutkan nak beli dekat situ je tapi sebab dekat rumah ni dah tak ada stok langsung, jenuh pulak nak tunggu pakcik Poslaju hantarkan kopi tu kan? Maka aku beli je kopi ni dengan harga RM 16.99 kalau tak silap.

No comments: