Engagement Fund ;)

Wednesday, 28 October 2015

Ohhoi!

Masih berjaga sebab nak habiskan pembacaan kisah hidup Maryam dan Irvan. Ulasan novel terbaharu ni akan ditulis kemudian sebab kali ni nak bagi tahu Tuan Tanah dapat mesej cinta dari Abang Pedas.

Nak gelak ke nak sedih, pun tak tahulah sebab memang dah salah sendiri. Kejadian hari Jumaat lepas dimana sebaik saja memotong sebuah lori yang bergerak dengan sangat perlahan selepas BHP Jenjarom, terpacak seorang Abang Pedas depan mata dengan kamera. Nampak dia, jeling ke meter Taejang, 90++. Teruslah redha bahawa saman itu pasti.

Sekarang dah faham bila orang cakap kena 'tembak' dengan kamera polis depan mata. Macam tulah perasaannya. Terima kasihlah kepada AinN sebab kongsi cara nak semak saman dekat FB petang tadi. Habis je kelas, tengok FB, terpampang status Ain pasal saman. Kelam kabut SMS dan tahniah, anda memang kena saman. Hahaha... Pertama kali ni wei lepas dapat lesen sepuluh tahun yang lalu.

Korang kalau nak semak saman juga, sila taip,
POLIS<jarak>SAMAN<jarak>NO IC/PLAT KERETA<jarak>EMAIL dan hantar ke 15888

Ohhoi! Bila nak bayar ni? Tunggu balik dari bercuti la karang. InshaAllah sehingga saat sebelum bercuti, masa akan dipenuhi dengan menanda kertas-kertas tugasan budak-budak ni yang dah membusut atas meja tu ditambah dengan busut baru iaitu fail subjek yang perlu disemak sebelum masuk periksa. Tak sempat ye nak fikir tabung mana nak kena korek untuk bayar saman. Akhir kata, selamat menyemak samanlah ye korang. He he he...

No comments: