Engagement Fund ;)

Thursday, 22 October 2015

Yong dan Arba

Dah dapat balik Yong lepas hampir sebulan. Bulan lepas bayar internet sia-sia je sebab tak guna pun. Takde rezeki, redha jelah. Waktu dapat Yong tu, kawan ofis tu cakap; "Lepas ni tolonglah jaga elok-elok jangan bagi rosak. Kalau masaalah software takpe lagi, tapi kalau hardware, kos tinggi nanti." Eh eh, ni siapa tuan telefon ni? Keliru aku dibuatnya. Hahaha...

Kalau boleh, memang tak nak rosak pun tapi dah dia nak rosak, nak kata apa? Sediakan ajelah duit untuk baiki. Baru ni tukar bateri baru dan charging port. Maka terbanglah ringgit Malaysia 170 untuk dua benda tu. Semoga lepas ni tak adalah lagi yang rosak sebab Note 8 ni dah tak ada dekat pasaran dan barang gantian pun dah susah nak cari. Kalau ada pun mahal seperti yang diperkatakan tu.

Teknologi canggih ni lepas dua tahun memang dia bermasalah sebab teknologi dia tak ngam dengan teknologi sedia ada. Macam Arba, waktu dia keluar dulu dah habis canggih dah tu tapi sekarang ni memang paling corot. Asalkan boleh buat telefon, hantar SMS, letak WhatsApp, syukur.

Selesai pasal Yong, nak godek si Arba pulak. Baru ni beli casing untuk dia sebab tengok kat bahagian tepi tu dah terkopek-kopek dah. Sebelum dia hancur, baik aku bagi perlindungan dulu. Barang-barang Arba ni lagi dah tak ada dekat kedai maka jalan terakhir adalah cari di internet. Mujur ada lagi yang jual itupun cari dekat Lelong dan pilihan terhad sebab dah banyak yang habis.

Sekarang ni tengah buat kajian nak beli bateri baru pulak sebab cepat benar bateri dia habis. Tengah tengok dekat Lazada sambil bandingkan dia punya spesifikasi dengan Arba depan mata. Beli dari internet ni kena buat kerja lebih sikit tapi puas hati sebab tak ada anasir jahat yang mendesak untuk beli juga sebelum keputusan muktamad dibuat. Yelah, kalau pergi kedai mesti yang jual tu cakap macam-macam bertalu-talu supaya kita beli juga barang dia. Lepas tu tak tahu kedai mana yang ada jual, satu hal nak cari masa untuk cari kedai pulak. Kesimpulannya membeli barang online adalah lebih disukai berbanding ke kedai.

No comments: