Engagement Fund ;)

Monday, 2 November 2015

Kelas Terakhir; Selamat Maju Jaya

Semalam adalah kelas terakhir untuk budak-budak tuisyen SPM. Bila Kak Ijan cakap nak buat kelas akhir, ingatkan budak-budak biasa jelah sekali bila sampai depan pintu, terkejut tengok selipar punyalah banyak. Saat melangkah masuk, terkejut kali kedua sebab kelas besar yang biasa aku guna penuh padat sampai depan papan putih.

Rupanya kelas akhir ni untuk semua pelajar SPM yang tuisyen di situ walaupun ramai yang tak ambil subjek BI. Bila disuruh ajar pelajar-pelajar SPM, sebenarnya ketar dan takut juga sebab aku ni tidaklah cemerlang mana tapi aku cuba berikan yang terbaik dan belajar sama-sama dengan mereka. Paling penting, kalau tak yakin dengan sesuatu perkara macam ejaan sekalipun, jangan malu nak semak buku atau kamus walaupun aku cikgu.

Teringat salah seorang pensyarah aku dulu yang tak malu dan segan nak semak kamus elektronik waktu mengajar walaupun beliau merupakan pemegang Sarjana, ke dah sampai tahap Doktor Falsafah; lupa pulak. Jadi semalam cuma kongsi serba sedikit tips sambil rujuk kepada contoh soalan. Harapnya, walaupun tak banyak yang aku kongsi, sekurang-kurang mereka dapat sesuatu daripada apa yang telah dikongsikan.

Malam tadi, banyak mesej masuk dalam kumpulan WhatsApp yang aku buat untuk diorang. Sedih pulak bila baca mesej-mesej diorang. Yang pasti, mereka akan dirindui sebab sepanjang mengajar tuisyen, rasanya kumpulan inilah yang paling aktif bertanya dan paling aku tak garang dengan diorang. Tu yang semua jadi manja mengada-ngada tu. Hehehe... Acik ni garang tau sampai sebelum ni ada yang berhenti tuisyen sebab takut. Maka, sesi tuisyen akan bersambung kembali tahun depan, inshaAllah.

Buat anak-anak didik Sari Ilmu, semoga awak semua boleh menjawab peperiksaan dengan mudah dan tenang. Kami doakan semuanya berjaya dengan cemerlang.

No comments: