Engagement Fund ;)

Wednesday, 11 November 2015

Percutian Pendek di Sungkai - Green House

Percutian di Felda Residence Hot Springs Sg. Klah tempoh hari melibatkan 6 keluarga dan sepasang bujang. Jadi pihak urusetia telah memilih satu villa 6 bilik untuk menempatkan setiap keluarga. Ingatkan dua tingkat villa ni jadi dah rancang yang perempuan belah atas yang lelaki belah bawah. Bila sampai, setingkat aje rupanya jadi satu keluarga dapat satu bilik kecuali aku la kena kongsi dengan Kak Dahya. Kalau pergi bercuti lagi rasanya lebih praktikal kalau sorang satu bilik sebab walapun aku takde pasangan, tetaplah kena ada bilik sendiri atas sebab-sebab keselamatan aurat.

Ni penanda arah ke Villa kami yang sungguh 'besar' tulisannya

Villa ni adalah yang terbesar dan hanya ada satu sahaja tak silap. Villa-villa lain ada yang satu bilik, ada yang dua bilik dan ada yang tiga bilik. Kalau pergi bercuti dengan kawan-kawan atau keluarga sendiri, boleh je nak bawak satu bas pun dan bawak toto atau bayar je harga tambahan RM 60 seorang untuk tiket masuk taman tema, tilam tambahan dan sarapan. Masih lagi berbaloi. Kalau kanak-kanak, bayaran tambahannya adalah RM 50. Tapi budak-budak tu tak payah bayar pun takpe kot cuma kena sediakan makan jelah untuk diorang. Bila dah bayar, setiap orang akan dapat satu gelang untuk tiket masuk taman tema tapi tak ada orang check pun.
Pintu depan

Masuk je terus nampak seterika ni dan yang kabinet tu tempat letak kasut

Ini laluan nak ke 4 buah bilik di sebelah kiri dari pintu masuk

Kemasan dalam villa adalah cantik dan berseni dan mewah; dah boleh buat contoh untuk villa sendirilah kiranya. Hahaha... Sampai sana siap-siap sketch dan balik tinggal cari orang untuk lukis pelan aje. Kalau ada duitnyalah untuk buat villa, kalau takde, lakaran tu simpan dulu sampai duit cukup.
Bilik tidur utama di sebelah kanan dari pintu masuk diikuti dengan bilik kedua di sebelahnya

Sinki di bilik tidur utama

Bilik air juga di bilik tidur utama

Ada satu bilik besar dan bilik lain saiz biasa je tapi masih lagi luas. Dalam bilik semuanya katil queen dan ada dua biji kerusi untuk berehat. Semua bilik ada beranda dan silalah periksa pintu lungsur di beranda masing-masing sebab ada yang tak boleh dikunci. Bilik air ada 7 buah; 6 buah dalam bilik tidur dan satu lagi dekat sebelah dapur. Berbaloi sangat untuk RM 1350 satu malam dengan satu rumah menggunakan air-cond sepenuhnya.
Pandangan dari pintu masuk untuk menunjukkan betapa luasnya ruang tamu villa ni

Ruang tamu pulak sangatlah luas dan sesuailah kalau ada anak-anak kecik sebab diorang ada kawasan nak main. Itu yang sampai tengah malam masih cergas lagi budak-budak tu, mak-maknya semua dah layu kepenatan. Seronok jumpa kawan dan seronok tempat main luas kekdahnya. Ada satu set sofa dekat ruang tamu dia dan satu meja makan enam kerusi. TV ada Astro jangan risau jadi kalau budak-budak kecik tu meragam, kasi je tengok kartun. Hehehe...
Ruang televisyen yang berhadapan dengan set sofa

Dapur dia pulak, memang superb! Ada dapur siap penyedut asap canggih ko! Seronok nak memasak sebab jakun menggodek penyedut asap canggih tu. Hahaha... Disebabkan susahnya nak cari info tentang Green House Felda Residence Hot Springs Sg. Klah ni, meh sini aku bagi tahu apa yang perlu di bawa dan apa yang tak perlu. Dekat dapur dia ada satu frying pan saiz sederhana, satu periuk nasi kecil, pinggan dan cawan serta sudu untuk 12 orang dan satu peti sejuk dua pintu. Kalau nak masak, memang sesuai sangat cuma kena bawa sendiri sudip dengan pisau.

Kitorang haritu siap bawa periuk nasi besar, kuali besar, papan pemotong, bekas air Tupperware segala. Gigih sangat ni. Hahaha... Kalau malas nak masak, boleh telefon je pesan makanan, menu ada disediakan dan aku rasa okeylah kot harga makanan tu. Kalau nak keluar cari makan, tak pastilah ada ke tidak kedai makan malam-malam tu sebab dekat luar tu memang kawasan kampung je. Kedai runcit ada jugak dekat luar tu.
Apa nama ni ek? Bar kot kan? Yang ni bertentangan dengan tv..sambil makan boleh sambil nonton kekdahnya..

Ini rupa dapur yang siap kabinet tu...peti sejuk dia besar gabak ok, boleh muat 10 ekor ayam..sebelah plastik sampah tu ada satu tandas dan satu sinki dekat bahagian luar depan tandas

Kawasan luar villa pulak terlindung dengan pokok-pokok merimbun; sangat privacy. Paling penting, tak ada nyamuk walaupun belakang sana tu kelapa sawit. Jadinya kalau nak bercuti santai-santai atau buat reunion, bolehlah pertimbangkan untuk ke sini. Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan di kotak komen. Sekian.

No comments: