Engagement Fund ;)

Wednesday, 11 November 2015

Percutian Pendek di Sungkai - Hari Kedua

Selepas sekian lama, barulah ada hati nak sudahkan cerita di Sungkai tempoh hari. Wajib sudahkan sebelum sambung cerita ke Cameron Highland pulak nanti.

Esok paginya, bangun awal tak awal sangatlah. Terus masuk dapur lagi masak sarapan. Walaupun harga bilik termasuk sarapan pagi tapi sebab ada budak-budak dan lebihan makanan semalam banyak lagi, maka kita habiskan mana yang boleh dihabiskan. Ayam perap banyak lagi tapi kitorang goreng je sebab yang bakar semalam pun ada lebih lagi lepas tu goreng sosej. Nasi goreng pulak panaskan aje balik. Makanan ni cukup untuk sarapan dan bekalan untuk ke kolam. Memang jimatlah!
Sebahagian daripada rupa tempat makan


Rupa depan tempat pendaftaran

Sudahnya yang pergi makan sarapan cuma aku, Kak Chik dengan Kak Elin je sebab orang lain semua dah kenyang dan nak sambung berendam. Kalau pergi bercuti di hotel, waktu yang paling ditunggu-tunggu adalah waktu sarapan. Yeayy! Kitorang pergi sarapan tu dah lewat jadi makanan dah banyak habis. Pilihan makanan dia pulak biasa-biasa je, bolehlah. Nak makan ni kena naik kereta sebab dekat tempat daftar masuk. Tempat dia memang cantik dan redup dan dikelilingi kelapa sawit tentunya.

Suasana di sekitar kafe dan kawasan penginapan jenis bilik yang nyaman dan hijau

Dekat kolam air panas

Ini kawasan kolam terapi yang diceritakan dalam entri sebelum ni

Dekat kawasan kolam air sejuk

Wefie dengan partner in crime, Kak Chik

Habis makan, kitorang balik dan sambung berendam. Kali ni memang celup satu badan dekat dua-dua kolam sejuk dan panas. Tapi tak lama pun berendamnya sebab check out pukul 12.00. Dalam pukul 11.00 lebih tu dah kena naik dan bersiap-siap nak balik. Bungkus-bungkus barang, basuh-basuh periuk kuali semua, terus berkumpul untuk gambar kenangan. Itulah saja percutian dua hari satu malam Geng Makan yang meriah dan gigih sampai angkut periuk kuali segala. Hahaha...




No comments: