Engagement Fund ;)

Friday, 27 November 2015

Siapa Yang Konvo Sebenarnya?

Tahun ni terpilih lagi untuk jadi salah seorang AJK untuk konvo dan ini kisah minggu lepas. Macam biasa, kami diberi jawatan yang sama iaitu Jawatankuasa Keselamatan dan Kebersihan. Maka kami dibahagikan kepada dua kumpulan; satu kumpulan menjaga lalulintas dan satu lagi kumpulan meronda di bahagian dalam. Biasanya aku kena yang bahagian dalam tapi pernah juga rasa jaga lalulintas. Memang mencabar jugalah sebab kena berdiri tengah panas dan kalau kena jaga bahagian VIP, meratib la ko hafal nombor kereta VIP tu sampailah kereta tu lalu. Hahaha... Tapi ada satu benda yang kira berbaloilah berpanas dan berpenat berdiri iaitu makan! Sebab makanan dia sedap dan macam dekat hotel.

Menu pada hari bertugas, minum pagi, minum petang dan makan tengah hari

Kali ni aku dapat bertugas hari terakhir maka melompat kegiranganlah sebab boleh beli jambangan bunga dengan harga yang lebih murah. Tapi yang tak seronoknya adalah tak dapat jumpa bekas pelajar sebab diorang semua konvo pada hari pertama. Tak ada rezeki nak jumpa diorang. Bertugas di bahagian dalam tidaklah begitu dahsyat sebab tak ada benda sangat pun, sekadar meronda sekali sekala dan selebihnya jadilah penunggu gua bilik rawatan.
Perarakan masuk graduan ke dewan yang melalui bilik rawatan sementara..jubah biru terang pelajar sijil dan jubah biru gelap pelajar diploma...untung la konvo dekat PICC, orang yang tak dapat masuk dewan boleh menunggu dengan selesa...

Hari sebelumnya ada kes tersepit kaki dekat escalator. Hari aku bertugas tak ada kes berat kecuali satu kes cedera ringan. Panik jugalah bila tiba-tiba seorang lelaki masuk ke dalam bilik rawatan sambil mendukung anak kecil dengan muka cemas dan tiba-tiba duduk di depan aku dan berkata; "Ada ubat untuk luka tak?" Walaupun luka kecil tapi sebab tiba-tiba, semua orang pun panik sampai masing-masing tergamam.

Sebenarnya ada je anggota JPAM tapi waktu tu diorang tak ada pulak dalam bilik tu, teruslah masing-masing bergegas ke kotak kecemasan lepas tu bertanya soalan sengal. Hahaha... Macam kan, tak pernah rawat luka sebelum ni. Lepas semua orang dah bertenang, barulah rawatan dimulakan. Kira semua orang ada sahamlah; sorang letak ubat kuning, sorang tolong hulur kapas, sorang tolong gunting pelekat, dan sorang lagi ambik gambar. Eh? Hehehe... Ambik gambar sebab kena buat laporan. Kak D cakap besar juga lukanya sebab dia yang letak ubat dekat luka tu tapi budaknya tenang aje dan tak nangis langsung. Bagus...bagus... Kak P yang tunjuk nak kena buat apa, letak ubat berapa banyak, sebabnya ada pengalaman mengendalikan anak sendiri yang terluka.

Selain tugas rasmi, kami juga membuat tugas tak rasmi iaitu membeli bunga. Dah petang sikit tu biasanya harga bunga turun banyak tapi kalau nak lelong, kenalah tunggu sampai graduan semua dah balik; waktu tu memang akan ada sejambak bunga dengan harga sepuluh hengget. Diorang la cakap, aku tak pernah pun dapat harga tu sebab kena balik dengan bas jadi tak adalah lewat sangat baliknya.
Bunga ni sungguh cantik dan kemas gubahannya tapi harganya melebihi bajet aku... 3 kuntum ros merah jambu, 3 kuntum ros putih dan ada kuntuman lili..sebab ada lili, dia jadi 50 hengget..mampu tengok jelah sebab macam sayang duit pulak nak beli...hehehehe

Dapatlah beli dua jambak bunga ros dengan harga yang masih dalam bajet. Disebabkan hari lahir teman jenayah baru je lepas dan tak beli apape pun untuk dia, maka aku pun belilah satu untuk dia. Itulah sahaja cerita bertugas untuk konvo tahun ini.
Jambangan mahal sikit dan jambangan murah sikit..yang kiri tu sebab nak bagi orang maka aku mintak riben..

Muka puashati dapat beli bunga...hehehe

Entri ini diakhiri dengan gambar-gambar kenangan tuan tanah pada hari konvo tahun-tahun sebelumnya sebab macam tak pernah je cerita pasal ni dalam blog.
Tahun 2013, kena jaga lalulintas maka pakailah seluar..

Tahun yang sama, bersama AJK lain dan juga anggota JPAM yang terlibat

Tahun 2012 bersama jambangan bunga ros terpaling cantik setakat ni sebab dia adalah wedding bouquet yang penuh bunga...

Dapat beli jambangan ni dengan harga yang lebih murah sebab penjual tu nak habiskan jualan cepat...lagipun aku dok lalu lalang 8 kali depan kedai dia dan setiap kali lalu je mesti berhenti tengok sebab bunga ni cantik sangat...hehehe...terus dapat harga yang murah..

No comments: