Engagement Fund ;)

Tuesday, 29 December 2015

Cameron Highland: Mencari Lavender dan Kebun Ros

Sambungan cerita hari kedua di Cameron. Pagi tu kami sarapan di bilik saja dengan sandwich tuna, sup cendawan dan strawberi segar. Mentang-mentang kat Cameron, tiba-tiba waktu sarapan ada buah, strawberi lagi. Hehehehe..
Sarapan jimat tapi sedap

Wefie sat dekat taman mini di rumah tumpangan..

Usai sarapan, kami menghalakan kereta ke Avant Chocolate sebab ada yang berkirim strawberi celup coklat dari situ. Tujuan asal nak beli coklat je tapi bila sampai sana, strawberi coklat tak ada pulak. Difahamkan bahawa strawberi celup coklat ni tidak dihasilkan dengan banyak untuk hari biasa tapi ketika hujung minggu, memang sentiasa ada stok. Maka kami pun berlegar-legar di ruangan jualan sebelum masuk ke bahagian dalam. Rupanya dekat sini ada juga bunga-bungaan dan lavender. Landskap dalam ni pun cantik, memang cunlah kalau nak bergambar. Nama tempat ni sebenarnya Green View Garden. Boleh dapatkan info dari laman web rasmi dia ye.

Gerbera

Salah satu spesis lavender yang ada dekat Green View Garden ni

Waktu masuk ke dalam tu, ada satu bas rombongan tak tahu dari mana tapi ramailah dalam tu. Jadi kitorang pun carilah tempat yang takde orang untuk bergambar dulu sebelum masing-masing tuju ke replika kincir angin. Rezeki kami agaknya nak bergambar melompat bagai dalam tu sebab tak lama lepas tu rombongan tadi pun beransur pulang; maka, tempat ini kami yang punya. Hehehe...

Berlatarbelakangkan lavender dan Mada dan Aten..eh? 

Tak ada pengunjung lain langsung maka menjakunlah dekat sini...hehehhe

Dah penat bergambar, mohlah rehatkan badan, isikan perut dan sejukkan tekak. Dekat sini pun ada kafe yang menjual pelbagai manisan dan aiskrim buatan sendiri yang sedap! Rambang mata nak pilih manisan yang mana satu. Hehehe.. Disebabkan nak simpan perut makan scones, maka kami kongsi-kongsi aje makan aiskrim lavender yang sungguh sedap dan juga strawberry strudel. Walaupun kongsi, lama jugalah nak habiskan sebab sambil makan sambil borak, sambil ambik gambar.

Menggoda okey manisan yang ada dekat sini! Harganya bagi aku okeylah dengan saiznya dan juga rupanya..

Dua aiskrim lavender yang sangat sedap dan juga sepotong strawberry strudel...aiskrim tu ada rasa lavender dan minty dan kental maka jadilah ia sedap!

Watak utama...

Keadaan kafe yang lengang sampaikan pakcik baju merah tu perhati je aku yang sibuk ambik gambar sana sini...hahahaha...kafe ni agak luas dan hiasannya cantik tapi aku yakin kalau waktu cuti umum atau hujung minggu kafe ni penuh sampai melimpah..

Waktu nak balik, keluar aje ke tempat parking, nampak motorsikal bersusun-susun parking belakang kereta. Dah kenapa pulaklah pergi parking sampai menghalang kenderaan lain? Masaalahnya tempat tu bukan tempat parking motorsikal pun. Marah dah ni. Lama juga kami berlegar dekat situ sebelum ke kaunter dan minta tolong dia panggilkan penunggang-penunggang motorsikal yang tak ada kesedaran sivik tu. Habis rosak mood dan lari sikit dari jadual asal. Hiishhh!

Macam ni punya parking, cer kabor celah mana nak lalu?

Dah selesai isu kena block, kami gerak semula ke Brinchang. Mula-mula nak pergi Cactus Points tapi sebab diorang kata tak ada benda sangat, maka terus je jalan sampailah berhenti di Rose Valley. Berbaloi sangat bayar RM 2 untuk masuk sebab ada banyak bunga ros yang cantik dan ada juga bunga-bunga lain macam lili, bunga raya, dan bunga yang pelik-pelik. Pokok kaktus pun ado.
Antara bunga selain ros; belah kiri tu seri pagi kot nama dia, ke salah? Belah kanan tu bunga raya yang unik sebab kelopak dia beralun dan sebesar muka..tak pernah jumpa lagi jenis bunga raya yang ni selama ni..

Photo 4 of us taken by a passer-by...thanks Mister!

Bunga kegemaran, hydrangea! Macam yang aku cakap sebelum ni, bunga ni boleh ditemui dimana-mana di sana...

Kudup bunga ros

Kami lagi...kali ni setkan masa dekat kamera antik aku...saranghey gitu!

4 jenis bunga ros yang berbeza spesis daripada berpuluh gambar yang aku rakamkan...kalau rajin baca fakta tentang ros, sebenarnya ros ni dibahagikan kepada 3 keluarga dan bawah 3 keluarga ni ada baaaaanyak lagi dia punya suku sakat...kebetulan sebelum pergi Cameron ni ada baca satu artikel pendek pasal Garden Rose, maka tahulah sikit pasal fakta ni..yang warna merah jambu tu salah satu jenis Garden Rose dan ada satu jenis yang bau dia serius wangi sampai tak puas hidu...lupa dah yang mana satu..

Lama jugalah dalam ni sebelum beransur ke tempat seterusnya. Gambar pun bapak banyak sebenarnya tapi aku pilih yang sopan dan sesuai jelah ye nak tepek dekat blog. Cerita di lokasi seterusnya bersambung di entri lain sebab inshaAllah entri tu panjang. Hehehe... Entri tentang Cameron ni tak pastilah sampai berapa episod sebab aku kan suka bercerita, maka panjanglah nak ceritanya. Bertabahlah.

No comments: