Engagement Fund ;)

Monday, 28 December 2015

Cameron Highland: Menjenguk Kea Farm

Sambung balik cerita cuti-cuti Malaysia 2015 Geng Bilik Prep. Selepas perjalanan yang berliku dan soalan kanak-kanak Ribena yang berbunyi "Are we there yet?" daripada penghuni kereta, tibalah kami ke Cameron Highland. Memandangkan kami datang melalui Simpang Pulai, maka kami sebenarnya mendaki ke puncak tertinggi Cameron Highland.

Walaupun banyak ranjau dalam merancang perjalanan ni, tapi akhirnya perancangan kami ini cantik dan lancar. Alhamdulillah. Sampai sana, terus cari tempat kami nak menginap selama dua malam. Asalnya nak tidur satu malam di tempat murah dan satu malam di tempat mahal tapi dek kerana ada ahli yang mengalami masalah bajet di saat akhir, maka tempahan awal terus aku batalkan.



Renyah wei nak cari tempat penginapan sebab nak kena tengok harga dan kemudahan yang ada di tempat tu. Bila tempahan awal dah dibatalkan, tempahan baru aku tak ambik port sangat sebab waktu tengah sibuk dengan JEPT yang menambahkan kerja tu ditambah dengan perasaan frustrated. Hehehe... Tapi semuanya dah okey baliklah lepas kecewa tu; pasrah ajelah.

Tempat penginapan ni pun okeylah, selesa dan luas cuma lantai dia lantai mozek makanya sejuk! Mujurlah Aten bagi kami stokin sepasang seorang, dapatlah menahan kesejukan waktu memijak lantai. Check-in dulu, letak barang, tunaikan hajat, dan keluar semula cari kudap-kudap.

Waktu sampai tadi nampak ada dua tempat macam pasar di tepi jalan yang menjual baaaanyak makanan dan hasil bumi Cameron. Menujulah kami ke sana dengan niat nak berhenti di tempat yang ditemui dulu tapi tempat tu susah nak parking. Maka kami terus ke depan dan alhamdulillah, sampai sana nampak ada kereta nak keluar dari parking; teruslah nyalakan signal kiri tanda nak masuk parking.


Rupanya tempat tu namanya Kea Farm, salah satu tempat tarikan pelancong untuk membeli cenderahati, makanan masak dan juga hasil bumi Cameron. Jakun gaklah jalan dalam tu, pelancong sangat! Hahaha... Ada banyak strawberi dengan harga yang agak murah dan juga jambangan bunga segar. Mungkin sebab dah petang, maka harganya pun macam agak murah juga.




Disebabkan Kea Farm ini adalah kawasan tumpuan pelancong, maka memang ramai orang dan agak sesak. Harga barang tak pastilah murah ke mahal sebab kitorang memang tak rancang nak membeli barang pun lagi pada hari pertama. Waktu nak balik, jadi tumpuan ramai kejap sebab kena hon dengan lori sayur sebab aku nak keluar dari parking tapi dia nak jalan terus. Kalau nak ikut, tolak ansurlah kan sebab waktu aku undur tu memang tak ada kenderaan langsung atas jalan, tetiba je lori tu muncul. Haishhh! Merosakkan mood betul.

Dekat sini kami hanya beli makanan je sebab baru sampai kan, tak fikir lagi nak beli cenderahati apa untuk dibawa pulang. Ko tunggu entri perjalanan balik karang, sampai tak muat kereta! Hahaha...

Habis membeli, balik hotel dan 'masak' makan malam. Masak sangat! Mee segera je pun sebab dah rancang bahawa ini percutian jimat maka kami bawa bekalan makanan siap-siap untuk makan malam dan sarapan. Baik punya perancangan walaupuuunnnn.... Malam tu tak ke mana-mana, cuma golek-golek atas katil lepas tu kecoh buat itinerary baru. Hahaha... Dah sampai sana baru nak rancang pergi mana; pun boleh.
Siap tengok peta lagi...

Siap itinerary, Mada pun bukak laptop dan pasang rancangan realiti Korea baru. Asal bercuti dengan Mada je, mesti ada je perkara sangkut paut Korea yang kitorang tahu; tahun lepas dia kenalkan MIO dan kali ni layan I Can See Your Voice sampai tengah malam. Kisah seterusnya, sambung kemudian. Babai....
Layannnn...

No comments: