Engagement Fund ;)

Monday, 28 December 2015

DIAGNOSIS

Buku ni aku beli selepas terbaca ulasan menarik dari ramai orang. Tak rancang nak beli pun tapi bila dah pusing MPH tu sampai lima kali dan belek buku di rak sampai tiga kali, aku angkut jugalah ke kaunter. Lagipun harganya tidak begitu mahal untuk sebuah buku yang padat isinya.


Kalau selama ni hanya tengok drama-drama Korea yang berkisar tentang doktor dan dunia perubatan, kali ni aku baca pula. Kisah-kisah yang tertulis dalam DIAGNOSIS adalah pengalaman sebenar para penulisnya yang sudah tentulah doktor.

Secara keseluruhannya, kisah-kisah dalam buku ini sangat sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja kerana bahasa yang digunakan pun tidaklah terlalu tinggi. Istilah-istilah yang biasa digunakan oleh para doktor memang banyak tetapi jangan risau, penerangan diberikan untuk setiap istilah yang digunakan.

Kisah-kisah yang dipaparkan juga sangat dekat dengan kita dan sesetengahnya pula mungkin pernah kita lalui. Bila aku membaca kisah-kisah yang ditulis, aku seperti boleh membayangkan keadaan yang diceritakan dek kerana gaya penulisan yang teliti. 

Anda yang masih tercari-cari bahan bacaan santai tapi padat dengan isi, bolehlah mula dengan Diagnosis. Sekian, satu ulasan tentang buku selepas sekian lama label Bedah Buku terbiar sepi. 

2 comments:

Aqilah Azmi said...

hehe buku ni mmg best!
ayat ayat semua deepp hihu

farae al-farafisya said...

Betul tu Aqilah,
Makan dalam sampai tersentak kejap...