Engagement Fund ;)

Tuesday, 1 December 2015

Hello Disember!

Caaakk!

Pejam celik pejam celik, dah pun nak habis tahun 2015. Hari ni dah masuk hari pertama bulan Disember. Jadi, apa pencapaian hidup tahun ni? Krikk..krikk.. krikk..krikk.. Entri blog pun baaaanyak lagi yang tak siap karang, ada hati nak mohon jawatan editor. Hahaha..

Petang ni akan bertolak ke Melaka untuk bengkel pedagogi. Sebenarnya macam tak ada keyakinan nak pergi sebab aku rasa macam tak layak je. Ini sindrom tak yakin diri namanya. Tapi fikir balik, ini adalah peluang keemasan sebenarnya sebab bukan semua orang menjadi yang terpilih. Sekurang-kurangnya, biarlah ini menjadi satu nilai tambah untuk mengembangkan karier di masa akan datang. Eceh, kembangkan karier. Bilanya nak berkembang?

Walaupun hati berbelah bagi tapi set juga minda untuk berada di sana. Cuak-cuak dah aku baca mesej yang masuk dalam kumpulan WhatsApp kluster BI; sampai ada satu malam tu aku tak lena tidur memikirkan topik yang muncul. Hahahahadoi... Habis aku punggah balik buku teks waktu belajar dulu, baca balik nota-nota yang ada. Kesimpulannya, sila jangan baca WhatsApp sebelum tidur.

No comments: